Thursday 30 June 2011

hari ke 4 di tokyo.

dah lama giler tak update blog. hahahaha.

aku banyak benda nak cerite tapi tak berkesempatan nak berblogging nih.

masuk harini dah 4hari aku kat tokyo. 

hepy sangat dapat jumpa family tercinta. :)

nanti ada masa aku cerita panjang ckit yer.




akhirnya dapat jugak jumpa budak nakal ni :D



Monday 20 June 2011

di sebalik tshirt pagoda & jeans lusuh :)




Selamat Hari Bapa kakak ucapkan pada ayah. 
walaupun ayah jauh, kakak tetap sayangkan ayah. 
tetap rindukan ayah hari-hari.
kakak jarang skype dengan ayah. selalu skype dgn mak jer.
kalau skype dengan ayah or cakap dlm fon, selalu rasa nak menangis.
lagi-lagi kalau tengah ade probs masa tu. huhu
ayah selalu ckp anak perempuan ayah degil. tak macam anak lelaki.


kakak ingat lagi, masa kat malaysia,
ayah selalu pakai tshirt pagoda dgn jeans lusuh
kitorang selalu marah ayah keluar pakai tshirt pagoda n jeans lusuh..
sampaikan ifwat pesan kat ayah kalau nk ambik report kad dia kat sekolah, 
pakai ensem2 ckit....
tapi ayah buat derk jer... hahahaha..
yeah, thats your style...
ayah kata buat ape nak kesah apa org ckp...
dekat ofis dah kena pakai smart2, so bila keluar ayah nak rasa free...
lantak p la org nak cakap apa...
hahahaha.... 
sekarang ayah dah dekat tokyo, no more tshirt pagoda pegi keluar..
ayah secara automatik kena jaga imej..
takut2 nanti terjumpa dgn member2 ofis... heeee
lagipun cuaca kat sana tak sesuai....


ayah garang, ayah tegas, tapi ayah sangat penyayang.....
kalau ayah marah pun, untuk kebaikan kami adik beradik..
ayah banyak berkorban untuk kami sekeluarga...
kerja kuat sampai sakit lutut demi untuk keluarga...
ayah selalu cakap ayah dah tua...
tapi ayah still ensem... hehe
kakak selalu teringat ayah buat konon2 ayah dah tak larat jalan sampai kaki n tgn semua lembik2 mase kat sg petani dulu. hahahaha. 
lawak ar yah. dah lama ayah tak buat mcm tu kan?? 
(ira, if u read this, i'm sure u will remember that moments :D)



ayah, kakak masih rasa kakak tak buat yang terbaik utk ayah dan mak...
kakak masih belum balas jasa ayah dan mak yang membesarkan kakak selama ni....
tolong doakan kakak jadi anak yg solehah...
tolong doakan kakak berjaya di dunia dan akhirat....
kakak nak balas jasa mak dengan ayah 
walaupun hakikatnya kakak takkan boleh balas sepenuhnya...:'(

ape yang kakak boleh buat, 
doakan agar ayah dan mak dipanjangkan usia.
semoga Allah melimpahkan rezeki dan kebahagiaan pada keluarga kita.

ayah, you are my IDOL...
ayah sumber inspirasi kakak...
kakak nak berjaya macam ayah....
tu impian kakak.....

kakak mintak maaf sebab selalu degil...
banyak abiskan duit ayah....
nak beli itu ini....
nak pegi sana nak pegi sini....:((


i love u AYAH....... :')





Wednesday 15 June 2011

tido lah burung hantu!

aku dah tertido dari pukul 8.00 pm tadi sampai 11.00 pm.

bangun jer dari tido, aku terus pegi mandi. 

baru perasan rumate aku pun tertido gak. tapi dia tido lagi awal. dah senja masa tu. 

mungkin dia penat sangat kot sampai tak perasan dah nak masuk maghrib. 

aku pulak dok layan nora elena. nak kejutkan dia macam tak sampai hati. lagipun aku bukan jenis nak kejut-kejut orang. rumate aku yang selalu kejutkan aku waktu subuh biasanya. haha.

lepas mandi, aku pun jadi segar-bugar dan lapar. 

sebenarnya masa tido tadi aku dah rasa lapar sebab baru teringat seharian aku tak makan. 

lunch pun makan 2biji karipap n roti gulung yang celup tepung dlm dia inti sardin tu. sebiji 40sen. dah la semua size s. huh. mane layak untuk perut aku yang bersaiz xxl ni?

tapi boleh pulak masa tido tu aku rasa lapar n teringat yang aku belum makan?

nampak sangat makanan dan aku bagai isi dengan kuku. tak boleh dipisahkan.

alang-alang dah lapar, aku p masak air n buat megi dan nescafe. pastu makan megi sambil tengok tv. 

dah cukup tenaga, aku pun lipat kain, pasang cadar baru basuh kat tilam, layan fb jap, belek2 buku, pastu layan blog jap, pasni nak sambung study balik. almaklumlah dah nak dekat final exam kan....


aku kalau tak boleh tido, or kalau aku tengah tak buat ape-ape, aku rajin layan blog2 ni :




aku suka cara penulisan dan idea kreatif penulis blog ni. walaupun tak ramai follower, tapi blog dia sangat best untuk dibaca. aku suka suka suka.

aku rasa blog ni memang dah popular kan? blog ni sangat sempoi. yang ditulis oleh orang yg sempoi abis dan tak hipokrit. aku enjoy bace cerita-cerita dia. dan part paling aku suka ialah hari khamis malam jumaat sebab ade entry pasal cerita hantu. hahahaha

yang ni blog makcik aku. dia amat pupular dengan panggilan cikbib dalam kalangan ahli keluarga dan sanak saudaranya. dan sekarang ni staf2 dekat ofis pun dah panggil cikbib. hoho. aku suka baca blog ni sebab byk cerita pasal kehidupan seharian dia yang kadang-kadang buat aku terfikir, mcm mana kalau aku dah abis belajar nanti, dah kerja, dah kahwin... aiyoooo... tak boleh nak fikir semua tu... tiba2 je mcm nak stress secara tak sengaja. hak3.. aku doakn supaya mck aku dapat lahirkan cahaya mata suatu hari nanti.... amin....

ha, ni blog satu2nya adik perempuan aku. blog dia takdela best sangat tapi aku terpaksa baca sebab aku nak taw ape cerita family aku kat tokyo. (hahahha. sory beb jangan mara).   blog dia byk cerita pasal routine dia kat sana. pasal sekolah, psl kawan2. pastu kalau dia emo ke apa, dia tulis kat blog jugak. dia ni memang emo n cepat marah. aku pun takut dgn dia. lagi satu, dia ni memang suka buat karangan kot. sebab selalunya sekali dia post, panjang berjela. hahahhaa. padahal dulu-dulu mase duduk satu bilik selalu suro aku siapkan karangan dia. :p





p/s: blog-blog lain aku usya jugak... tapi yang blog2 kat atas ni, memang blog yang aku selalu terjah la... :D


Tuesday 14 June 2011

akhirnya......

yeahhhhh....


akhirnya aku dapat sattlekan jugak pasal tiket n visa...


ye, memang aku kecoh sebab selama ni kalau pegi mana-mana, aku tak pernah langsung beli tiket sendiri n uruskan sendiri. 


dari A to Z mesti aku nak mengaharapkan orang.


nama je dah 22 tahun. buat malu keturunan jer. =.="


atas kerinduan yang teramat sangat dan desakan untuk berjumpa keluarga pada cuti sem ni, aku sanggup berusaha sehingga ke hembusan nafas yang terakhir. (poyo giler habaq hang)


alhamdulillah..... akhirnya semua selesai dengan sempurna......






depature date: 26 jun 2011 






yeeehhhhooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!




xsabar nak jumpe budak nakal yang suke panjat2 ni. hahaha :)

Tuesday 7 June 2011

harapan ku dalam hidup ini ku ingin menggapai cita dan cinta :)

hai kawan-kawan...

kali ni aku nak post satu lagu yang sangat best dan memberi inspirasi serta semangat kepada kita semua. 

tak percaya korang dengar sendiri. memang layan abis beb. serious aku cakap. trust me. kalau lepas dgr korang rasa macam, "elleehhh ape benda ni?? tak best pun. biase2 jer." haaaa.. itu aku tak boleh la nak cakap apa.  "woi, ape kau cakap??#$#@&&^*(*&!!! baik kau suka sekarang!!! kalau tak, aku....... bla bla bla bla......." takkan la nak paksa korang semua suka kot. setiap orang ade citarasa tersendiri. betul tak? 

lagu ni sebenarnya dah lama kan. zaman 90an dulu kot. aku tak pasti zaman bila tapi aku dengar lagu ni masa zaman orientasi sem 1 dulu. bila nyanyi ramai2 lagu ni. perghhhhhhhhhh.. meremang bulu roma wa cakap lu.. semangat tu lain macam... heh heh..


i really love this song...

jom layan sama-sama kawan2....


eh jap2......


sebelum tu......



angkat kedua-dua tangan korang....okey pandai....pastu gerak ke kanan, ke kiri sampai abis lagu ni okey... layannnzzzz~~~~




Lirik Lagu Realiti Insan - Santeekee

Ku layangkan segala anganku
Ku lepaskan semua khayalan jiwaku
Berpijak di bumi yang satu
Memandang tinggi di langit biru

Satu janji di dalam hati
Satu mimpi yang akan ku raih
Harapan ku dalam hidup ini
Ku ingin memgapai cita dan cinta

Ini bukanlah satu mimpi
Atau ilusi dalam jiwa yang sunyi
Ini adalah reality keyakinan insan yang penuh visi

Satu janji di dalam hati
Satu mimpi yang akan ku raih
Harapan ku dalam hidup ini
Ku ingin menggapai cita dan cinta

Satu satu mimpi di dalam hidup ku ini
Satu satu janji yang ku gapai pasti

Satu satu mimpi di dalam hidup ku ini
Satu satu janji yang ku gapai pasti

Reff

Ini bukanlah satu mimpi
Atau ilusi dalam jiwa yang sunyi
Ini adalah reality keyakinan insan yang penuh visi
Satu janji di dalam hati
Satu mimpi yang akan ku raih
Harapan ku dalam hidup ini
Ku ingin memgapai cita dan cinta

Satu satu mimpi di dalam hidup ku ini
Satu satu janji yang ku gapai pasti
Satu satu mimpi di dalam hidup ku ini
Satu satu janji yang ku gapai pasti
2x









okey penat dah... turun tangan semua....ngahahhahaha... best tak?? layan tak???


okey aku nak bubye dah....




satu.... satu mimpi..... di dalam...... hidup ku ini.... lalalallala~~~~~~

Monday 6 June 2011

-menghubungi mata-

menghubungi mata atau bila ditranslatekan dalam english ialah "contact lens". huahuahua

biasanya orang2 perempuan je yang selalu teruja dengan contact lens ni. orang lelaki jarang pulak ambik port. kalau kita tengok sekarang dah jadi satu trend dok tukar2 kaler mata ni. kan??? ye la, kita orang asia, kaler mata standard light brown, dark brown. kekadang tu teringin jugak nak mata yang ala2 boleh dok tengok tembus sampai ke dalam tu. hikhik. mcm mata comeron diaz gitu. 



ade yang pakai lens ikut kaler baju la, kaler kasut la, ataupun memang takde ikut ape2, ikut suka hati jer. walaupun ada yang cakap contact lens ni boleh buat mata kita rosak, tapi orang2 pempuan sekarang memang tak makan saman langsung. "ade aku kesah? yang penting aku rasa hot macam artis hollywood" lebih kurang camtu la orang akan cakap bila orang lain dok nasihat dia. heh heh. pandai2 je aku. 


* korang tolong la jgn pakai lens kaler macam ni yer. nanti orang salah anggap lak kat korang. nanti orang pk kau drakula ke ape. =.="

kalau tengok kat fb pun banyak giler kedai contact lens yang memudahkan orang ramai beli secara online. aku rajin gak dok usya2 album lens kat fb tu. punye banyak sampai tak taw nak pilih yang mana dan akhirnya aku buat keputusan tak beli terus! =.=" tapi haritu, aku jalan2 sorang2 pastu tetiba ternampak kedai cermin mata, pastu aku tergatal masuk kedai tu, pastu tetiba aku terbeli contact lens kaler grey. T__T. okey sebenarnya tipu. bukan tiba2 dan "ter ". semuanya dah dirancang sebelum aku melangkah keluar dari bilik lagi. 


aku beli lens tu RM 50 dan tahan sebulan jer. lens aku ade power sebab aku rabun. lens2 yang orang beli online dan kebanyakkannya tahan setahun tu, aku tak dapat jamin keselamatannya pada mata kita. takut jugak sebab mata ni kan sangat sensetif. lepas tu harga dia sangat la murah. hurmmm. so, baik2 ye kawan2 semua. kalau beli pun, pastikan cuci betul2 dengan air yang khas utk cuci lens dan menggunakan cara yang betul. ok? kalau tak tahu macam mana, tanya la pada kawan2 yang betul tahu. kalau mcm aku, org kat kedai cermin mata tu yang ajar. heeeee :) 












* ni antara contoh2 lens yang aku suka :)


tapi, harus aku akui kat sini, walau macam mana cantik pun lens yang kita pakai tu, tetap tak boleh lawan kecantikan dan keaslian mata yang Allah dah kurniakan pada kita. ramai orang nak pakai lens sebab nak mata nampak besar, nak mata nampak lain daripada yang lain, nak mata corak2, niat tu pun dah salah sebab nak menunjuk-nunjuk. kan? aku pun tak terkecuali. walaupun niat sekadar nak mencuba dan suka2 jer. hurmmm. ade yang aku tengok, orang tu nampak pelik dia pakai lens sebab terlalu besar ukuran mm lens tu untuk mata dia. dan akhirnya nampak macam alien. sorry to say. lepas tu lagi satu kalau nak pakai lens pun, tolong pilih kaler yang sesuai dengan korang ye. kalau tak, nampak sangat weird dan xlawa. serious aku cakap. tu pendapat aku. maaf ye kalau aku salah. :)








* ni gambar-gambar bajet cun aku mase pakai lens selama sebulan. aku tak pakai hari-hari pun. cume kadang2 jer bila terasa nak pakai. grey lah sangat mata kau tu. danggg!!!!!!




p/s: kesimpulannya, baru sekali je aku menggunakan contact lens. SEKIAN.

jom travel !

hai kawan-kawan semua. sihat ?? :)


entry kali ni nak ajak kawan-kawan pegi travel ke suatu tempat. 
tempat yang lain dari lain. hehehe


pernah dengar tak negara yang namanya Malawi? kalau tak pernah, aku cerita serba sedikit ye. Malawi ni adalah salah sebuah negara yg terletak di dalam benua afrika. kat bawah ni kite boleh tgk lokasinya. haaaaa. nampak kan ? comel jer kan dia ? hihik. Malawi bersempadan dengan beberapa negara lain spt Tanzania, Mozambique, Zambia dan Zimbabwe (if i'm not mistaken).



okey, dah tengok peta, boleh la kita mulakan pengembaraan kita. hehehe. 
aku cerita ni sekadar nak berkongsi pengalaman aku masa duduk kat sana selama setahun dengan family. mesti korang rasa mcm "eeeee afrika???? tak best langsung!!!" or "tempat jin bertendang ni???ape yang best nyer???" kan kan??? tu la bak kata pepatah, "tak kenal maka tak cinta" :)

airport dia memang kecik je tak mcm KLIA. ibarat langit dengan bumi. hoho. tapi sampai jer kat sana, aku rasa mcm wow! tak la teruk sgt kn? okey jer. aku bayangkan semua tanah merah, org dok bawah pokok, kedai takde ape takde, ala yg mcm kite tgk dlm national geographic tu kan? byk haiwan jer pastu orang2 dia pakai cawat. awwww. tak la seteruk tu Malawi. tapi tak aku nafikan memang ade jer. cume tak seteruk yang disangka. 

sampai2 kat sana je turun flight, aku plg suke wheather dia. best sgt. tak sejuk sangat tak panas sangat. just fine :) dekat Malawi ada 4musim jugak. cuma, winter dia takde salji. kalau winter, boleh cecah sampai 2 or 3 darjah celcius. sebenarnya ramai orag fikir yang negara afrika semua panas terik giler kan?? salah sangkaan korang tu. Malaysia lg panas. hihihi. pastu on the way nak ke rumah kitorang, aku dapat nikmati view yg sgt2 cantik. diorang takde pembangunan, jadi alam2 semulajadi diorang sgt terpelihara. seriously Malawi sgt cun! aku tak tipu. 


( ni bukan skandal aku. aku pinjam gambar dia dari google sebab nk tunjuk kat korang view cantik yang aku ckp tu. sory ya abg mat saleh. huhu )

Malawi ni merupakan sebuah negara mundur. aku dpt lihat dgn ketara yang agihan pendapatan kat sini sangat tidak setara. yang kaya terlalu kaya dan yang miskin pulak terlalu miskin. kalau korang berkesempatan datang ke Malawi, jgn pengsan tengok rumah2 org2 yang kaya ni lagi besar, lagi cantik, lagi gah dari rumah kita yang dekat Malaysia ni. hihihi. tu la asyik ingat diorang duduk bawah pokok je kan?? :p

bahasa rasmi diorang ialah Chicewa. ade jugak beberapa perkataan malawi yang aku tahu. contohnya, sagulagetti=bukak gate, muribuanji=selamat pagi, zikomo kombiri=terima kasih, yang lain aku dah tak ingat dah. lost terus!! mata wang kat Malawi pulak dipanggil kwacha. tak silap aku masa aku kat sana dulu 20kwacha sama dengan rm1. tak silap aku la. tapi rasanya betul. tapi tu dah beberapa tahun yang lepas la. hahahaha. kat bawah ni contoh duit Malawi.


 (500 kwacha bebeh. walaupun negara mundur, tapi barang2 kat sana berganda2 mahal dari Malaysia taw. kalau beli aiskrim pun dlm rm 10 sebatang kalau barang2 mcm bawang, sos, lagi la mahal nak mam*** =.=")

kalau cuti-cuti kitorang sekeluarga akan pegi jalan-jalan dekat lake Malawi. lake dia sgt besar giler mcm laut. ada 3 tempat yang kitorang akan pegi sama ada Salima, Mangochi atau Livingstonia. kat Malawi tak haru biru. tak sibuk. sangat relax, tenang, hepy. kereta tak banyak. takde jem2. orang-orang dia pun enjoy jer. senyum jer. hehehe. 

 

(cantikkan cantikkan??? rinduuu )

orang-orang Malawi ni sangat pandai buat kraf tangan. kalau pegi mana2, mesti ade orang jual craft dekat tepi2 jalan. harga pun boleh tahan. takde la mahal sangat.


(mak aku ade beli benda yang lebih kurang mcm ni. unik kan)

aku mintak maaf sangat sebab tak dapat nak share gambar2 aku yang real kat sana. sebab gambar2 semua ada kat rumah. aku sekarang kat hostel. so mcm mana tu??? nanti ada rezeki lain kali aku share ye. insyaallah.

aku ada satu jer gambar real masa kat sana. ni haaa, gambar kat bawah ni ialah gambar sekolah aku. Lilongwe Private School. Sebenarnya ni gambar dewan sekolah jer. tapi cantik kan? huhuhu. uniform aku kemeja putih, tudung putih dan skirt labuh warna biru tua. sebenarnya skirt pendek. tapi sebab aku islam, dan ramai jugak org islam kat sekolah tu, kami dibenarkan pakai skirt labuh. cikgu-cikgu kat sekolah best dan kawan-kawan baik sangat. aku dengan adik2 aku sekolah yang sama. tapi abang aku dia sekolah lain, Bambino Private school. uniform dia kelakar giler. baju oren dan seluar merah. cube bayangkan??? hehehehe :p  




* lagi satu nak cakap, orang-orang Malawi sangat friendly. dan diorang jugak boleh berbahasa inggeris. walaupun kebanyakannya broken english, tapi sekurang kurangnya masih boleh difahami. aku rase diorang dah terbiasa 
sebab kena communicate dgn tourist yg dtg dari serata dunia.



okey sampai sini je dulu. nanti aku bawak korang pegi travel tempat lain pulak ye. insyaallah :)


Sunday 5 June 2011

tetiba teringat.

teringat dekat sesuatu benda.


ya, sesuatu "benda"......


kenapa malam2 buta ni baru nak teringat???


kenapa tak esok pagi or minggu depan je or bulan depan je or or or whateva lerr.....


kenapa mesti malam ni??


KENAPA?????












sebab tadi aku terbaca satu blog yang mengingatkn aku tentang "benda" tu.... huhuk.... 












lomo mini diana....


hurmmmm.... tetiba terindu ex-lomo camera aku....


aku dah biarkan dia pergi.....


pergi jauh dari sisiku....... :(


sebab aku rasa aku tak guna pun benda alah tu......


aku lebih byk guna camera digital.....


lomo tu leceh sikit la... tu yg aku selalu abaikan dia....


sia2 je aku adik aku import dari jepun... huh!!!


then, sebab aku rase malas nak guna, aku suro adik aku jual kat orang...


lepas tu rase menyesal pulak dah....


ye la, tak ramai rasanya orang kat malaysia ni guna lomo... kan???


so, bila kita guna, org mesti mcm, "weh, menatang ape tu??" "weh, style gile. beli kat mana?"


ape2 pun... semuanya tinggal kenangan silam....


i'm gonna miss u miss lomo.... muuuaaahhhhxxx!!!!








* maaf kerana terpaksa meninggalkanmu duhai lomo

Friday 3 June 2011

nak ckp pdn muke je.

eh, tak tahu pulak kau ade blog kn?


nasib la terjumpe. jenuh aku dok stalk malam td.


dah agak mesti ade post pasal aku punye. mekasih tau si cantik manis. really appreciate it. :)


tak sangka kau ade musuh lain kan? kesian pulak aku tgk.


bace kat komen2 kau, rupenyer ade jugak org lain yg xsuke kau.


tu la, klo kite buat jahat dgn org, nanti kite mesti dpt balasannya balik.


what u give, u get back. u got it?


dulu mase buat jahat dengan orang, kau tak pk pun perasaan org tu. kan?


sebaliknya, kau salahkan org tu pulak?


sekarang ni, org ambik hak kau, ape kau rasa? best x? best giler kan?


aku dah tak marah dh benda yang lepas tu...


cume harap kau berubah la ye..


jgn dalam fb je tunjuk baik taw. huhuhuhu


nak cakap sesuatu ni,,,,,,,,,,,,








PADAN MUKA!!!!!!!!!!!!







p/s: sorry terjahat cikit. wekkksssssssssssssssss  :p

Thursday 2 June 2011

hye.

hye blog yg takde follower. aku peduli ape kan? hahahaha.

aku sememangnyer tak layak jadi blogger sebab aku sangat-sangat pemalas nak update.

ermmm... nak cerita pasal ape? 

okey jom cerita pasal PICNIC!! yeahhhhhhhhhhhh!!! =D

sepanjang pemergian abg aku ke umrah, aku telah dipertanggungjawabkan untuk menjaga kereta ayah aku.

aku menjalankan amanah yang diberikan dengan baik.

tak cukup dengan itu, aku yang smemangnye kreatif dan innovatif, telah mencadangkan agar aku dan kawan2 pergi picnic di mana-mana sahaja. huahauhauahaua (alang-alang dah ade transport free)

selepas mencapai kesepakatan, kami mengumpul dana (ecehhh) untuk membeli barang-barang makanan dan juga untuk mengisi minyak.

setiap orang bersutuju untuk membayar RM 15. 8 orang yang menyertai rombongan, bermakna 8 x RM 15?? (ha, kira sendiri sbb senang sgt nk congak)

aku n anis pegi beli barang-barang makanan dekat giant. malamnya kitorang bertolak ke rumah kakak aida atas dasar untuk meminjam dapur keesokannya. (mekasih kak aina cute)

sperti yang dirancang, kami memulakan perjalanan sekitar 9 a.m dari putrajaya dan terus ke ukm untuk mengambil ana, as, sarah n yana. oh, lupe nak bagitahu ke mana kitorang nk berpicnic. hahaha. kitorang nak pegi sg.congkak. sbnrnya plan asal nak ke sg. tekala. tapi atas dasar keselamatan, kami memilih utk ke sg.congkak sahaja. (sbb tekala lagi jauh) 

alhamdulillah sampai dgn selamat ke destinasi. yeeehhhoooooooooooooo!!! seronok giler kau. dah berkurun kot tak pegi sg. congkak. ingat lagi mase kecik2 ayah selalu bwk abg, aku, yal, ira pegi sg.congkak n mak bekalkan nasi goreng. mak tak ikut sebab ayah nak bagi mak rehat kat rumah. sweet kan ayh? hehehe

ok, memandangkan haritu hari jumaat, memang takde orang pun yang mandi kat situ melainkan kitorang. hahahaha. best wooooooooo!!! bebas!!!
tapi arus air agak deras sbb sejak akhir-akhir ni selalu hujan
tapi aku tak lupe pesan pada kawan2 supaya jgn seronok sgt...kena hati-hati jugak..
takut apa2 yang xdiundang berlaku... kn?

dah berapa jam berkubang.. eh.. berendam, kitorang pun naik..
sbb cuaca mendung mcm nak hujan...
elok kitorang tukar je pakaian, terus hujan....
otw balik, hujan selebat-lebatnya....risau jugak aku..
terus pesan kat anis, kalau tak nampak, baik berenti dulu....sbb dia yg drive psl die tahu jalan
tapi dia kata okey, n teruskan perjalanan....
sempat jugak kitorg berenti dekat surau untuk sembahyang....

kami selamat sampai ke ukm dengan penuh jayanya...
sempat pulak menyinggah dekat metro kajang... lawak giler....
aku dgn selekeh giler, pakai slipper je pulak tu, pegi mall.... eeeee sumpah rase mcm tettt!!!!
diorg tak bagitahu awal2 pun nak singgah mana2....
aku bwk baju salin pun tsirt class mase form 6 dulu jer T__T

okey, gambar takde kat aku. so, takdela gambar nk share. sorry. 
eh buat ape nak sorry. 
bukannye ade org bace pun blog ni!!! 
dang!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! =.="