Thursday 18 September 2014

Kita syukur.

Assalamualaikum. 

Ya Allah, syukur yang teramat sangat sebab dapat ingat balik password saya. Bertungkus-lumus saya perah otak untuk ingat balik sebab dah berkurun saya tak update belog ni. Tiba-tiba je rasa mood nak menaip datang meronta-ronta. Mungkin tak saya dah buang tebiat? Ataupun saya sekadar hangat-hangat taik kambing macam dulu-dulu. Banyak kemungkinan yang saya sendiri tak terjawab. 

Okey ni saya cuma warm up je dulu. Nanti ada mood, baru la saya taip panjang2 yer. Eh kekonon jer macam ade orang nak baca kan? haha.

Belanja sikit gambar acah2 ayu saya. Macam nak bernasyid pun ade jugak. hummph. 


Wednesday 2 January 2013

Bila aku nak bagi cucu dekat ayah dan mak?? :p

Assalamualaikum.....


Cepat masa berlalu... dah masuk 2013 dah pun.... dan ini jugak bermakna umur aku meningkat lagi satu angka... 24 tahun.... warghhhh aku rasa macam dah tua! Bila aku nak bagi cucu dekat ayah n mak ni?? Erkkk??? tetibe jer. xD

Apa yang ada dalam kepala otak aku sekarang, ialah apa azam yang aku akan laksanakan untuk tahun baru ni. Dah masuk 2 jan baru nak pikir ke kakak? wakakaka... tu tak penting. Yang penting tindakan dan langkah yang akan diambil untuk merealisasikan azam tersebut. Tak payah la nak listkan azam2 tu kat sini. Tau2 sendiri sudah. Macam aku cakap tadi, tindakan dan langkah untuk merealisasikan azam tu yang penting. Jangan sampai azam jadi zam2 ala kazammmm sudah~~~

Tapi macam biase la. Salah satu azam aku ialah nak kurangkan berat badan. hehehe. Aku rase macam menyampah je nak cakap pasal slim2 ni lagi. Bukan main azam la tiap2 tahun nak kurus konon. Tapi hampehhh jer. Tak payah salahkan orang lain, tak payah salahkan produk, tak payah salahkan keadaan sekeliling.... Salahkan diri sendiri, cukup! :p

Plan aku untuk bulan Januari ni, aku akan pergi Jepun untuk duduk dengan family. HAHAHAHA. Bukan main poyo sebelum ni ayah ajak balik sana aku tak nak, Nak cari keje, nak berdikari KONONNN. Last2 nak balik jugak kan?? wakaakaka,,, boooooooo!! malu jer... Tapi ade sebab aku nak balik... 

firstly, sebab aku rindu kat family aku... Takde kawan nak diajak sembang, diajak gaduh, diajak makan, sangat forever alone u know... Pastu aku selalu teringat ayah cakap, ayah hidup dah tak lama dah.. ayah rase ayah dah nakkkkk............ eeeeee ayah suke sangat cakap macam tu. Tak suke. Sebab tu aku nak balik sana. Sebab aku ni jenis yang suke pikir bukan2,,, macam2 dalam kepala otak aku. Oleh sebab tu, aku buat keputusan nak balik Jepun, biar ayah, mak, adik2 ade depan mata. Kerja takpe, bila2 boleh cari. insyaallah kalau ade rezeki, tak kemana... :D

Secondly, aku nak balik Jepun sebab family aku dah nak balik Msia tahun ni... Jadi ni mungkin peluang terakhir untuk aku kesana. Lepas ni dah tak tahu lagi bila boleh pegi lagi. huhu. sedeyyy T__T sekarang winter. harap2 snow turun kat tokyo. Amin~~


okeyla, sampai sini je dulu. thanks for reading. haha. bajet ade pembaca tegar blog aku. dah la setahun sekali update. :p





*p/s: visa tolong siap cepat yer. cuak dah ni, harap2 xde ape2 problem.






Thursday 29 November 2012

Malang tak berbau~~

Assalamualaikum...

Semalam aku tido dekat rumah maksu. harini, pagi2 lagi dah bangun sbb kena bertolak balik rumah. maksu n family nak bawak tok jalan2 ke kelantan. aku tak ikut sebab kereta tak muat. aku ingat nk drive kereta sendiri tapi call tanya mak, mak tak kasi sebab bahaya...huhu... so, dudukla sorang2 dekat rumah...

sebelum balik, maksu bekalkan aku makanan sampai 3 bekas. ade lauk ayam rendang, daging masak hitam, n mee sanggul for breakfast... terharu sgt2.. kenyang perut aku harini... banyak lagi lebih, so aku simpan dam peti ais, esok boleh makan lagi. yummyy!!!

mood aku masih macam semalam. rase berdebar2. sebabnya, bumper kereta bercalar ade orang langgar. uuuwaaaaaaaaaaaaaa. nangis aku! semalam baru perasan lepas hantar adik sedare aku pegi tuisyen. serasa n seingat aku mmg aku takde langgar ape2. kalau parking dalam rumah pun, kalau nak kena, mesti bumper belah kiri sebab belah kanan rumah takde dinding. aku tetap tak nak akui yang kecalaran tu adalah berpunca dari aku. huhauahuahau.

petang semalam pegi rumah maksu, suro maksu n paksu tolong tengokkan. paksu kata, ni kesan orang tergesel ni... fuhh~~ lega aku... so, mmg bukan salah aku. salah orang yang langgar tu la kan. kalau la aku yang salah mesti kalau mak tahu mak bising... tak sangguppppppppppppp.

paksu kata s.p ni bukan macam kl... kalau nak parking tu takleh rapat2... confirm mesti kena punya.... aku takde la pulak parking rapat2... keluar makan malam haritu pun, seingat aku, belakang aku takde keta... tapi tak taw la mase aku dlm restoran tu ade org parking kat belakang n chow before kitorg abis makan. wallahualam.... maksu pulak berandaian kereta aku digesel mase park dekat Cmart mase bawak budak2 tu keluar.... sebab maksu kate, parking kat situ kan kecik2... ye ke tak perasan pulak aku... tapi mungkin jugak betul... hurmmm...


susah jugak kan... bila kita dah berjaga2, orang pulak yang tak berjaga2......




Wednesday 28 November 2012

Semalam dan harini...

assalamualaikum...


harini pagi-pagi aku bangun buat breakfast untuk adik sedare aku before die pegi tuisyen...dan hantar pegi tuisyen....
tq sangat dekat die sebab teman aku dekat rumah walaupun baru satu malam...
at least aku ade la kawan untuk berbual.. kalau tak, aku rasa macam orang bisu duduk sorang-sorang dekat rumah... haha...


owh sebelum ni dua malam tok teman aku... semalam aku hantar tok pegi rumah maksu... kesian tgk tok lama2 dekat rumah... macam boring jer... takde bende nak buat... so baik tok duduk dengan maksu, tak la boring sgt sebab ade riuh rendah anak2 maksu kat rumah... :D


aku masih dalam proses mencari kerja... so, buat mase ni memang full time working at home... mengemas dan memasak dan menonton tv dan menidur dan memakan... HAHHAAHA... I'm the BOSS!


ayah kate, kalau takde keje, duduk je rumah.. jaga rumah... wahhhhh bestnyerrrrr!! memang la best duduk rumah... duit bulan2 ayah bagi... memang besttt...!
tapi aku fikir sampai bile la nak harapkan duit ayah... aku kan dah besar... kena belajar berdikari...kena belajar hidup susah... betul takk??? takpe buat mase ni belum ade rezeki lagi... tapi aku yakin Allah dah tetapkan rezeki aku kat mana2... cuma kena rajin sikit dan usaha kene lebih...:)


owh semalam aku keluar dgn anak2 maksu... dari yg berumur 8tahun hingga 16 tahun... semuanya 6 orang including me... dh rase mcm baby sitter pun ade...hahahaha... tapi okeyla jugak sbb dapat jugak tgk movie n karaoke.... waawwawwaa.... since aku takde kawan dekat sini, so mereka2la yg jadi kwn aku for now... rindu sgt2 kwn2 dekat kl dan ukm... i miss u guys... datangla kedah lawat akuuuuuuuuuuuu!!!




bubye :D




Monday 26 November 2012

Aku Sendiri....

assalamualaikum...

dah lamanya tak jenguk blog ni.. dan blog2 yang lain...


tak rindu pun, tapi rasa macam ketinggalan berita2 sensasi jer... hahaha


biasa la konon2 nak istiqamah mengupdate blog tapi kalau dah memang diri ni dilahirkan untuk menjadi pemalas tegar, makanya takdir tidak boleh diubah... sekiannn...


oh tidak, mulai harini saya akan berubah... insyaallah... saya akan mengupdate blog ni dari semasa ke semasa untuk rujukan anak cucu cicit saya nanti... biar mereka2 tahu yg mama a.k.a nenek a.k.a moyang mereka ni sgt comel, versatile, dan byk makan. tq.


berdasarkan tajuk entry kali ini, "Aku Sendiri", ya... sy keseorangan sekarang.... di teratak ayahanda dan bonda saya... saya tak tahu mana yang lain pergi... saya hanya ditemani oleh sang2 cicak yang ensem lagi macho sahaja... tapi saya berjanji tidak akan patah semangat dan sentiasa berdoa Allah akan berikan jalan yang terbaik untuk saya... amin,...


kepada mak dan ayah di perantauan, jgn risaukan anakmu yg comel disini.... kakak akan jaga diri baik2 dan kurangkan makan....by the time uolsss balik msia, kakak dah kurus... tapi tak janji la,,, huhu... sobss.....



okey la, bubye la... see ya..








Thursday 26 July 2012

oh my jari!

assalamualaikum..

di saat jari2 gemok ini sedang menaip.
masih terasa kepijaran yang teramat sangat.
ni semua gara2 masa bukak puasa tadi,
mak suro tolong blendkan cili yang dah direbus tu.
mase nak masukkn cili dalam blender,
aku gaul2 cili tersebut dengan penuh kasih syg
sambil bergossip2 dgn mak dan ira,
dah siap blender, tak lama lepastu,
perghhhhhhhh baru la rase jari aku pedih sgt2..
dalam bahasa melayu org panggil berpijar ek?
ha betol la tu kot..
pedihhhh uuuwaaaaaaaaaaaaaaaa!



aku harap aku bangun pagi esok dah tak pedih lagi plz.
amin3.
harini takde cerita best.
tadi saho aku masak ayam masak kicap (adik aku request)
tak berapa sedap kalau compare dgn yang mak aku selalu masak.
tapi bolehla daripada takde makanan kan?
owh gambar takde sebab lupe nak ambik.
tu pun mase makan tadi ira tanye,
kak tak ambik gambar ke? kan nak masuk dlm blog. u kan blogger?
cesss. die bergurau kasar nampaknyer dengan aku.
hahahah.



imtiyaz harini mintak beli bunga api lagi
sebab semalam abg dia, ifwat yg sgt cerdik
telah memperkenalkan adiknya kepada benda tersebut (bunga api)
350 yen. mak kata mahal.
tak boleh beli hari2.
budak2 mana la faham bahasa.
dia merengek2 nak.
siap ajak pegi kedai nak beli benda tu.
mak tak layan.
last2, imtiyaz pegi dekat ayah,
ayah bagi 5000 yen terus!
HAHAHA
ayah memang begitu.
dan mak jugak, memang begitu.
tapi kitorg semua mesti nak jugak mintak duit dgn mak,
sedangkan kitorg tahu, kalau mintak duit kat ayah,
sure2 dapat. :D





tudia muka gumbira dapat main bunga api
kesian die main dekat balkoni jer
sorang2 lak tu.
pastu siap paksa aku join sekali main.
nak ambik hati adik,
terpaksala ikut kehendak dia.
satu je aku main lepastu terus cabut pegi dapo balik
sebab mase ni tengah masak untuk sahur.
ptg semalam die ajak kawan dia dtg rumah main bunga api.
tak feel langsung main siang2.
tah pape.
ala budak2 kan.... hehehe...







::: okey gtg now. salam ramadhan. :) :::



Monday 23 July 2012

betul la roti john.

assalamualaikum..

harini dah nak masuk 3 hari puasa.
alhamdulillah.
walaupun summer, tapi cuaca sejak mula puasa kelmarin sangat dingin.
hujan dan mendung di sepanjang hari.
syukur sgt2. tak haus pun. relax jer. ahaks!


tarawikh pun setakat ni belum miss.hehe
rasa semangat nak pergi tarawikh hari2 sebab ayah jadi imam kali ni. :)
dekat sini imsak 2.58 a.m. bukak puasa 6.54 p.m.
bermakna tempoh puasa dekat sini lebih panjang dari malaysia la.
jadi, puasa terasa lebih mencabar la sikittt kan.


menu bukak puasa biase2 je.
macam dekat malaysia jugak, kitorang tak makan nasi.
makan bihun n kuih muih jer.
tu pun tak kurus2 jugak. HAHAHA.
tapi harap2 puasa kali ni turun la sikit yer. amin3. :D
ha, lepas balik tarawikh selalunya aku dengan ira tak tido.
kitorg akan stay up, untuk sediakan sahur.
kitorang sahur lebih kurang pukul 1.45 a.m.



tadi berbuka menu mcm biasa jugak,
tapi tadi  tetibe rase cam terlebih rajin.
aku dengan ira cari resepi untuk buat roti john.
almaklumlah takde bazaar ramadhan kat sini.
sobss.


oleh itu, terhasil lah roti john seperti dalam gambar di bawah. hehehe
walaupun dipotong 4 segi mcm tu,
tapi betul. memang tak tipu. ini memang roti john.
bulan roti edward, bukan roti thomas, bukan roti steve job!
ini betul2 roti john.
rasa okey la. tapi macam kena lebihkan sikit daging cincang tu.
paling best ira siap buatkan 2nd round roti john untuk moreh.
moreh ke more ha?
wa caya sama lu la ira. haha














okey tata. nak tido :)