Thursday 29 November 2012

Malang tak berbau~~

Assalamualaikum...

Semalam aku tido dekat rumah maksu. harini, pagi2 lagi dah bangun sbb kena bertolak balik rumah. maksu n family nak bawak tok jalan2 ke kelantan. aku tak ikut sebab kereta tak muat. aku ingat nk drive kereta sendiri tapi call tanya mak, mak tak kasi sebab bahaya...huhu... so, dudukla sorang2 dekat rumah...

sebelum balik, maksu bekalkan aku makanan sampai 3 bekas. ade lauk ayam rendang, daging masak hitam, n mee sanggul for breakfast... terharu sgt2.. kenyang perut aku harini... banyak lagi lebih, so aku simpan dam peti ais, esok boleh makan lagi. yummyy!!!

mood aku masih macam semalam. rase berdebar2. sebabnya, bumper kereta bercalar ade orang langgar. uuuwaaaaaaaaaaaaaa. nangis aku! semalam baru perasan lepas hantar adik sedare aku pegi tuisyen. serasa n seingat aku mmg aku takde langgar ape2. kalau parking dalam rumah pun, kalau nak kena, mesti bumper belah kiri sebab belah kanan rumah takde dinding. aku tetap tak nak akui yang kecalaran tu adalah berpunca dari aku. huhauahuahau.

petang semalam pegi rumah maksu, suro maksu n paksu tolong tengokkan. paksu kata, ni kesan orang tergesel ni... fuhh~~ lega aku... so, mmg bukan salah aku. salah orang yang langgar tu la kan. kalau la aku yang salah mesti kalau mak tahu mak bising... tak sangguppppppppppppp.

paksu kata s.p ni bukan macam kl... kalau nak parking tu takleh rapat2... confirm mesti kena punya.... aku takde la pulak parking rapat2... keluar makan malam haritu pun, seingat aku, belakang aku takde keta... tapi tak taw la mase aku dlm restoran tu ade org parking kat belakang n chow before kitorg abis makan. wallahualam.... maksu pulak berandaian kereta aku digesel mase park dekat Cmart mase bawak budak2 tu keluar.... sebab maksu kate, parking kat situ kan kecik2... ye ke tak perasan pulak aku... tapi mungkin jugak betul... hurmmm...


susah jugak kan... bila kita dah berjaga2, orang pulak yang tak berjaga2......




Wednesday 28 November 2012

Semalam dan harini...

assalamualaikum...


harini pagi-pagi aku bangun buat breakfast untuk adik sedare aku before die pegi tuisyen...dan hantar pegi tuisyen....
tq sangat dekat die sebab teman aku dekat rumah walaupun baru satu malam...
at least aku ade la kawan untuk berbual.. kalau tak, aku rasa macam orang bisu duduk sorang-sorang dekat rumah... haha...


owh sebelum ni dua malam tok teman aku... semalam aku hantar tok pegi rumah maksu... kesian tgk tok lama2 dekat rumah... macam boring jer... takde bende nak buat... so baik tok duduk dengan maksu, tak la boring sgt sebab ade riuh rendah anak2 maksu kat rumah... :D


aku masih dalam proses mencari kerja... so, buat mase ni memang full time working at home... mengemas dan memasak dan menonton tv dan menidur dan memakan... HAHHAAHA... I'm the BOSS!


ayah kate, kalau takde keje, duduk je rumah.. jaga rumah... wahhhhh bestnyerrrrr!! memang la best duduk rumah... duit bulan2 ayah bagi... memang besttt...!
tapi aku fikir sampai bile la nak harapkan duit ayah... aku kan dah besar... kena belajar berdikari...kena belajar hidup susah... betul takk??? takpe buat mase ni belum ade rezeki lagi... tapi aku yakin Allah dah tetapkan rezeki aku kat mana2... cuma kena rajin sikit dan usaha kene lebih...:)


owh semalam aku keluar dgn anak2 maksu... dari yg berumur 8tahun hingga 16 tahun... semuanya 6 orang including me... dh rase mcm baby sitter pun ade...hahahaha... tapi okeyla jugak sbb dapat jugak tgk movie n karaoke.... waawwawwaa.... since aku takde kawan dekat sini, so mereka2la yg jadi kwn aku for now... rindu sgt2 kwn2 dekat kl dan ukm... i miss u guys... datangla kedah lawat akuuuuuuuuuuuu!!!




bubye :D




Monday 26 November 2012

Aku Sendiri....

assalamualaikum...

dah lamanya tak jenguk blog ni.. dan blog2 yang lain...


tak rindu pun, tapi rasa macam ketinggalan berita2 sensasi jer... hahaha


biasa la konon2 nak istiqamah mengupdate blog tapi kalau dah memang diri ni dilahirkan untuk menjadi pemalas tegar, makanya takdir tidak boleh diubah... sekiannn...


oh tidak, mulai harini saya akan berubah... insyaallah... saya akan mengupdate blog ni dari semasa ke semasa untuk rujukan anak cucu cicit saya nanti... biar mereka2 tahu yg mama a.k.a nenek a.k.a moyang mereka ni sgt comel, versatile, dan byk makan. tq.


berdasarkan tajuk entry kali ini, "Aku Sendiri", ya... sy keseorangan sekarang.... di teratak ayahanda dan bonda saya... saya tak tahu mana yang lain pergi... saya hanya ditemani oleh sang2 cicak yang ensem lagi macho sahaja... tapi saya berjanji tidak akan patah semangat dan sentiasa berdoa Allah akan berikan jalan yang terbaik untuk saya... amin,...


kepada mak dan ayah di perantauan, jgn risaukan anakmu yg comel disini.... kakak akan jaga diri baik2 dan kurangkan makan....by the time uolsss balik msia, kakak dah kurus... tapi tak janji la,,, huhu... sobss.....



okey la, bubye la... see ya..








Thursday 26 July 2012

oh my jari!

assalamualaikum..

di saat jari2 gemok ini sedang menaip.
masih terasa kepijaran yang teramat sangat.
ni semua gara2 masa bukak puasa tadi,
mak suro tolong blendkan cili yang dah direbus tu.
mase nak masukkn cili dalam blender,
aku gaul2 cili tersebut dengan penuh kasih syg
sambil bergossip2 dgn mak dan ira,
dah siap blender, tak lama lepastu,
perghhhhhhhh baru la rase jari aku pedih sgt2..
dalam bahasa melayu org panggil berpijar ek?
ha betol la tu kot..
pedihhhh uuuwaaaaaaaaaaaaaaaa!



aku harap aku bangun pagi esok dah tak pedih lagi plz.
amin3.
harini takde cerita best.
tadi saho aku masak ayam masak kicap (adik aku request)
tak berapa sedap kalau compare dgn yang mak aku selalu masak.
tapi bolehla daripada takde makanan kan?
owh gambar takde sebab lupe nak ambik.
tu pun mase makan tadi ira tanye,
kak tak ambik gambar ke? kan nak masuk dlm blog. u kan blogger?
cesss. die bergurau kasar nampaknyer dengan aku.
hahahah.



imtiyaz harini mintak beli bunga api lagi
sebab semalam abg dia, ifwat yg sgt cerdik
telah memperkenalkan adiknya kepada benda tersebut (bunga api)
350 yen. mak kata mahal.
tak boleh beli hari2.
budak2 mana la faham bahasa.
dia merengek2 nak.
siap ajak pegi kedai nak beli benda tu.
mak tak layan.
last2, imtiyaz pegi dekat ayah,
ayah bagi 5000 yen terus!
HAHAHA
ayah memang begitu.
dan mak jugak, memang begitu.
tapi kitorg semua mesti nak jugak mintak duit dgn mak,
sedangkan kitorg tahu, kalau mintak duit kat ayah,
sure2 dapat. :D





tudia muka gumbira dapat main bunga api
kesian die main dekat balkoni jer
sorang2 lak tu.
pastu siap paksa aku join sekali main.
nak ambik hati adik,
terpaksala ikut kehendak dia.
satu je aku main lepastu terus cabut pegi dapo balik
sebab mase ni tengah masak untuk sahur.
ptg semalam die ajak kawan dia dtg rumah main bunga api.
tak feel langsung main siang2.
tah pape.
ala budak2 kan.... hehehe...







::: okey gtg now. salam ramadhan. :) :::



Monday 23 July 2012

betul la roti john.

assalamualaikum..

harini dah nak masuk 3 hari puasa.
alhamdulillah.
walaupun summer, tapi cuaca sejak mula puasa kelmarin sangat dingin.
hujan dan mendung di sepanjang hari.
syukur sgt2. tak haus pun. relax jer. ahaks!


tarawikh pun setakat ni belum miss.hehe
rasa semangat nak pergi tarawikh hari2 sebab ayah jadi imam kali ni. :)
dekat sini imsak 2.58 a.m. bukak puasa 6.54 p.m.
bermakna tempoh puasa dekat sini lebih panjang dari malaysia la.
jadi, puasa terasa lebih mencabar la sikittt kan.


menu bukak puasa biase2 je.
macam dekat malaysia jugak, kitorang tak makan nasi.
makan bihun n kuih muih jer.
tu pun tak kurus2 jugak. HAHAHA.
tapi harap2 puasa kali ni turun la sikit yer. amin3. :D
ha, lepas balik tarawikh selalunya aku dengan ira tak tido.
kitorg akan stay up, untuk sediakan sahur.
kitorang sahur lebih kurang pukul 1.45 a.m.



tadi berbuka menu mcm biasa jugak,
tapi tadi  tetibe rase cam terlebih rajin.
aku dengan ira cari resepi untuk buat roti john.
almaklumlah takde bazaar ramadhan kat sini.
sobss.


oleh itu, terhasil lah roti john seperti dalam gambar di bawah. hehehe
walaupun dipotong 4 segi mcm tu,
tapi betul. memang tak tipu. ini memang roti john.
bulan roti edward, bukan roti thomas, bukan roti steve job!
ini betul2 roti john.
rasa okey la. tapi macam kena lebihkan sikit daging cincang tu.
paling best ira siap buatkan 2nd round roti john untuk moreh.
moreh ke more ha?
wa caya sama lu la ira. haha














okey tata. nak tido :)


Friday 20 July 2012

Confused dengan cuaca.




Harini mendung dan hujan je seharian.
Ingat nak ajak ira pegi jalan2 dekat shibuya or harajuku
memandangkan esok dah start puasa kan.
tapi disebabkan oleh cuaca yang tak menentu,
jadi duduk dekat rumah je la the whole day!



harini sejuk. rasa macam auntum pulak.
padahal sekarang ni tengah summer.
mood harini pulak asyik melayang2.
rasa mata ni asyik nak tertutup2 jer.
tapi tak pulak tidornyer kan.
baguslah tak tido.
asyik tido je dah macam apa.



tak buat apa pun harini.
cume tadi breakfast mak suro buatkan sambal ikan bilis
untuk makan dengan nasi lemak.
pastu mak suro bagi idea nak alihkan meja dkt dapur tu
memandangkan dapur sangatla kecik,
jadi aku rasa baikla pindahkn meja tu ke mana2 sahaja selain dari dapur
sempit kot nak lalu lalang
lagipun dengan adanya meja kat situ,
lagi senangla kitorg nak menternak lemak kat dapo
sedap je duduk kat kerusi empuk
sambil sembang2 kunyah kerepek la, roti la, mcm2 la,
hahhaa
so aku rase, tak boleh tak boleh!



aku cadangkan meja tu alih dekat depan pintu masuk
depan bilik air pulak tu
warghhhhh memang la sgt strategik
mcm boleh buat meja untuk kutip duit
sapa2 nak masuk tandas depan tu, kena byr duit
dekat malaysia kan mcm tu
dekat jepun takda
jadi aku nak cube perkenalkan
105 yen cukup la kan
hahaha. merepek okey.
ayah balik keje jap lagi mesti membebel
sbb letak meja kat depan tu.
nak buat camne dah tu jer space yg ade untuk letak meja tu
rumah ni sangat terhad ruangnya.
harap ayah faham
wawawawa




(ni la meja tu. mak beli dekat kedai barang 2nd hand. dekat sini barang2 2nd hand pun cantik dan MAHAL!)






Nihon!

Assalamualaikum...

dah lama tak update blog.
selalu sangat pasang azam akan update blog dengan lebih kerap tapi lepastu hangat2 tahi ayam kampung.
susah betul nak mengkonsistenkan diri ini,
mungkin sebab banyak keje2 yg lebih patut didahulukan dari berblogging kot.
contohnyer seperti makan, facebooking, hang out, tgk movie......... erkk??

harini hari kedua aku di jepun.
kali ni juga merupakan lawatan aku yg ke-4 ke sini.
tak tahu kenapa kali ni rase sedih sgt2 mase nak bertolak.
rindu kwn2. n rindu macam...
tapi takpe. rindu tu mesti dapat diubati bila family disisi.

lusa dah puasa. tahun ni kali kedua la aku akan beraya kat sini.
honestly feel die tak macam kat malaysia.
puasa nanti takde baazar ramadhan, tak dpt tgk cerita n iklan best2 dekat tv,
tak boleh tarawikh kat masjid...
kalau raya pulak, errmmmm lagi la malas nak cakap..hoho
tapi tak patut kan cakap camtu.
aku kena bersyukur. sekurang2nya aku masih diberi kesempatan berpuasa tahun ni,
beraya, pakai baju cantik2. dan, aku dapat beraya dengan family lagi.
tu yang paling penting :)

owh, petang tadi aku, ira, imtiyaz pegi jalan2 kat setagaya park.
dah lama tak pergi, jadi ambik masa jalan2 dan duduk2 tgk permandangan kat situ.
tempat mainan yg under construction haritu dah siap.
tak byk berubah tapi nampak lebih tersusun.
mcm biase, tempat tu mmg bersih dan cantik.
kalau autumn lagi la cantik.
since aku tak pernah dtg mase spring,
jadi tak tahula mase spring mcm mana park tu kelihatan.hehe



ni jalan yang kami lalui untuk ke setagaya park... walaupun rumah diorang rapat2, tapi still kemas dan bersih... (tapi belah dalam den tak taw la kan :p)



gambar2 ni random jer ambik untuk buat kenangan :)



unik kan. i like~~



this is my favourite!! love this house so much. rase mcm nak suro ayh buat rumah mcm ni bile balik msia nanti. (suke hati kau je kan?)



ni lagi satu favourite. dalam gambar tak berapa cantik. tapi kalau real, sangat la cantik. tak tipu!



rumput kat belakang tu tak taw knp jadi panjang dan tak terusrus mcm tu. selalunyer tak. bile aku tanye ira, die kate, skrg summer, so rumput2 cpt tumbuh. ye ekk???









okey tata. thanks for reading :)









Friday 27 April 2012

Betul ke kau adik aku?



cuti sem februari haritu, macam biasa aku pergi jepun
melawat family aku kat sana
2 minggu jer dekat sana. sobss. tak sempat buat ape pun.
sempat bawak imtiyaz jalan2 pegi park jer.

petang tu  mcm biasa bawak imtiyaz jalan2..
tiba-tiba....
kakak2 cepat ambik gambar Intiyas (nama die sebenarnya imtiyaz. susah kot nak sebut)
aku macam tak percaya die cakap mcm tu.
padahal die ni susah nak sgt nak ajak bergambar.



terus die turun basikal...

berposing2 dekat basikal hadiah besday haritu. hehe. comelnyer.




 flying kiss untuk kakak. tq manje.



aduh, tak sakit leher ke manje?



berianya die berposing. hehehe.



perghh... ape ni syg? nak gusti sape?



macam nak menari je imtiyaz.



sejuk sangat masa ni. tapi dia tak nak pakai glove.



gewdiks nyerrrrr! 



ensem boy. mesti ramai aweksss besar nanti.



very nice view.



setiap kali pergi park mesti nak beli mainan. padahal mainnya 5minit je. 
lepas tu die campak je. adoiii =.="



 kesian imtiyaz. buai ni susah nak naik la.... tak stabil...



ni lagi satu bende wajib. musim sejuk pun larat nak makan ice cream...





rindunyer dekat adik bongsu kakak ni. :(


ya Allah, terima kasih kerana telah kurniakan si kecil yang nakal, comel dan cerdik ini pada kami sekeluarga.... 

Thursday 26 April 2012

Nombor 3 dalam tangan!

hye :)

owh tetibe rajin nak main update-update harini. heeee...
alang-alang aku takde roomate n forever alone,
baik aku gunakan masa sunyi aku ni dengan mengupdate blog tercinta....
anyway, thanks to my bestfren (finas) sebab selalu teman aku kat bilik. aligato beb!! :D



sebelum ni aku pernah cerita pasal program sme-university internship kan kan??
ala tak tahu lew teww...
mesti korang tak pernah bace entry2 aku sebelum ni...
takpe aku maafkan korang....
tapi hari raya nanti la...wakakakaka xD *okeytaklawakpong



3 april haritu adalah final presentation untuk program tersebut
selama kitorg berhempas pulas menjadi consultant kepada company masing2
hari yang dinanti2 pun telah tiba...
iaitu hari untuk membentangkan segala hasil kerja yang telah kami buat..
dari bulan 9 tahun lepas kot program ni..
ingatkan dah tak nak abis2...hahahah...=.=



kaizen consultant adalah nama kumpulan aku..
mcm gud gud je nama. ye tak?
kaizen tu aslnya bahasa jepun yang membawa maksud
perubahan ke arah kebaikan sedikit demi sedikit..
betul ke maksudnyer tu?? aku petik jerr.. sebab dah lupa..
mungkin makna tu tak tepat tapi lebih kurang la maksudnya..
maaf kalau salah. hehee
ade pulak member aku ni tanye, kaizen ni nama ultramen ker?
pulak dah~~
tu la org suro bagi nama kumpulan korang tak nak
kan aku dah bagi nama kaizen..
tak pasal jer...
so, terimalah seadanya okey?



kami adalah kumpulan terakhir yang akan present pada hari itu.
cuak ke beybeh walaupun aku hanya tekan slide =.=
hoi tekan slide ingat senang ke ha??
perlukan kepakaran jugak tau!
okey buat pengetahuan semua , slide untuk final presentation
adalah hasil kerja aku dan telah mendapat pujian ramai
*masukbakulangkatsendiri





rehearsal!


meeting meeting meeting


dah macam wanita um** aku tengok


group arena consultant


nampak tak sape juri tu? antaranya ialah CEO Mydin beb. 


kaizen consultant dan Dr Liza, penasihat kami.


dah abis present. semua happy.


hepy kuasa dua. walaupun kaizen consultant dapat no 3 jer. ape2 pun syukur, tahniah pada group yang menang. they deserved it!






*banyak pengalaman dan ilmu yang dipelajari sepanjang program ini. terima kasih byk2 pada semua yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung :D


Sungai Gabai tempat tinggal si Putera Katak!

Assalamualaikum....

hehehe.... tumpang gelak dulu... :) aku sihat. korang sihat? *bajet ade pembaca setia blog aku pulaks!
takpe2... anggapla aku bermonolog. takde hal lahhhh. lalallalalaala~~


harini nak cerita pasal picnic dekat sungai gabai. yeayyyyy!
hari ahad bersamaan 22 april 2012....
aku dan kawan2 form 6 telah berkumpul di depan sekolah kami di serdang...
seawal 10.00 pagi...
pergi dua kereta...semua pempuan.. 
kumbang2 takde sebab dah pupus.... kuang3....


dipendekkan cerita kitorang pun sampai la di tempat kejadian....
dalam pukul 11 lebih lebih kurang...
heksaited gilersss mase sampai...
sebab dah lama tak pegi mandi manda dekat sungai..
ramai sangat orang haritu sebab weekend kan..
tapi redah jela...


bermulalah satu pendakian yang amat merobek jantungku...
penat giler woiiiiiiiiiiiiiiiiiii... 
tangga die tak nak macam tangga batu cave pulak kan??
grrrrrr....
mahu je aku give up di persimpangan gara-gara kaki aku dah nak tercabut masa tu...
ataupun aku rase macam nak daki tangga tu dalam keadaan merangkak je... 
sambil dalam hati aku menangis mintak tolong....
tulun~~ tulun~~ sape boleh tulun dukung saya naik ke puncak?
pellliiizzzzzz.... berat saya 80++ jer... sobbsss!! 


okey, now dah sampai ke tempat yang dinanti2 selepas beberapa perhentian... 
syukurrrrr... *rasa nak buat sujud syukur je masa nih...huhu



muka kepenatan. tak tahu nk ckp ape mase ni sbb penat sangat2. senyum kepura-puraan padahal dalam hati aku tengah menyumpah-nyumpah tangga tersebut. =.="



ha, ni la dia. ini la. ini la tangga tersebut. yeahh. ini dia. tanggaaaaa dengar siniiiiii!!! i hate uuuuuuu!!
errr, boleh tak aku cadangkan buat escalator atau lift? kesian weh mck2 or nenek2 yang nk pergi berkelah dgn cucu2 kena panjat tangga ni wehh... tak kesian ke haaa?? ??
padahalllllll~~~???



okey la. aku dah berbaik dengan tangga tu. maaf la menyumpah2 dalam hati tadi. 



makanan untuk perut-perut kami yang comelssss! :D



dah kenapa la lelaki ni?? lama kot die posing mcm tu.... 



peaceeeeeeeee!!!! v(^__^)v



khai, izah, si gemok



bbq. yummy~~~



nampak tak nampak tak?? mase ni aku duduk betul2 sebelah katak tu. serious tak perasan sebab katak tu warna ala-ala kayu+daun... tibe2 kawan aku ckp, eeee katak...tu tuuuu... katak... aku ingat katak tu dok jauh la kan... tengok2 sebelah aku... waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii~~~~ mcm org gila dh aku menjerit... katak tu besar gilerrr.... nasib die tak meloncat atas kepala aku... T___T



hepynyerrr.... :)


sebenarnya aku takut tengok diorg mandi dekat situ. curam. tapi diorang boleh pulak berdiri. kalau licin, jatuh, papppppp! abislaaa.... ngeri betul lah! tak nak tengok. tutup mata (*__*)






sampai sini jer dulu. tata~~~ 



Monday 16 April 2012

Perghhhhhhhh~~~!

Perghhhh dah lama tak update blog....


Perghhhh bersawang kottt......


Perghhhh dah lama tak membebel.....


Perghhhh nak tahu tak sebab ape aku tak update blog???


Perghhhh ini lah alasannya.............................






...........................................................






.............................................................






..............................................................






...............................................................






............................................................


Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!




















semua gara-gara thesis.... betul tak tipu... silalah percaya....










*syukur alhamdulillah akhirnya siap jugak kertas ilmiah ni.... separuh mati nak siapkan... =.="