Friday, 20 July 2012

Nihon!

Assalamualaikum...

dah lama tak update blog.
selalu sangat pasang azam akan update blog dengan lebih kerap tapi lepastu hangat2 tahi ayam kampung.
susah betul nak mengkonsistenkan diri ini,
mungkin sebab banyak keje2 yg lebih patut didahulukan dari berblogging kot.
contohnyer seperti makan, facebooking, hang out, tgk movie......... erkk??

harini hari kedua aku di jepun.
kali ni juga merupakan lawatan aku yg ke-4 ke sini.
tak tahu kenapa kali ni rase sedih sgt2 mase nak bertolak.
rindu kwn2. n rindu macam...
tapi takpe. rindu tu mesti dapat diubati bila family disisi.

lusa dah puasa. tahun ni kali kedua la aku akan beraya kat sini.
honestly feel die tak macam kat malaysia.
puasa nanti takde baazar ramadhan, tak dpt tgk cerita n iklan best2 dekat tv,
tak boleh tarawikh kat masjid...
kalau raya pulak, errmmmm lagi la malas nak cakap..hoho
tapi tak patut kan cakap camtu.
aku kena bersyukur. sekurang2nya aku masih diberi kesempatan berpuasa tahun ni,
beraya, pakai baju cantik2. dan, aku dapat beraya dengan family lagi.
tu yang paling penting :)

owh, petang tadi aku, ira, imtiyaz pegi jalan2 kat setagaya park.
dah lama tak pergi, jadi ambik masa jalan2 dan duduk2 tgk permandangan kat situ.
tempat mainan yg under construction haritu dah siap.
tak byk berubah tapi nampak lebih tersusun.
mcm biase, tempat tu mmg bersih dan cantik.
kalau autumn lagi la cantik.
since aku tak pernah dtg mase spring,
jadi tak tahula mase spring mcm mana park tu kelihatan.hehe



ni jalan yang kami lalui untuk ke setagaya park... walaupun rumah diorang rapat2, tapi still kemas dan bersih... (tapi belah dalam den tak taw la kan :p)



gambar2 ni random jer ambik untuk buat kenangan :)



unik kan. i like~~



this is my favourite!! love this house so much. rase mcm nak suro ayh buat rumah mcm ni bile balik msia nanti. (suke hati kau je kan?)



ni lagi satu favourite. dalam gambar tak berapa cantik. tapi kalau real, sangat la cantik. tak tipu!



rumput kat belakang tu tak taw knp jadi panjang dan tak terusrus mcm tu. selalunyer tak. bile aku tanye ira, die kate, skrg summer, so rumput2 cpt tumbuh. ye ekk???









okey tata. thanks for reading :)









1 comment:

  1. tirahhh nak pi jepun jugakkkkkkkkkkkkkkkkkk

    ReplyDelete