Thursday 26 July 2012

oh my jari!

assalamualaikum..

di saat jari2 gemok ini sedang menaip.
masih terasa kepijaran yang teramat sangat.
ni semua gara2 masa bukak puasa tadi,
mak suro tolong blendkan cili yang dah direbus tu.
mase nak masukkn cili dalam blender,
aku gaul2 cili tersebut dengan penuh kasih syg
sambil bergossip2 dgn mak dan ira,
dah siap blender, tak lama lepastu,
perghhhhhhhh baru la rase jari aku pedih sgt2..
dalam bahasa melayu org panggil berpijar ek?
ha betol la tu kot..
pedihhhh uuuwaaaaaaaaaaaaaaaa!



aku harap aku bangun pagi esok dah tak pedih lagi plz.
amin3.
harini takde cerita best.
tadi saho aku masak ayam masak kicap (adik aku request)
tak berapa sedap kalau compare dgn yang mak aku selalu masak.
tapi bolehla daripada takde makanan kan?
owh gambar takde sebab lupe nak ambik.
tu pun mase makan tadi ira tanye,
kak tak ambik gambar ke? kan nak masuk dlm blog. u kan blogger?
cesss. die bergurau kasar nampaknyer dengan aku.
hahahah.



imtiyaz harini mintak beli bunga api lagi
sebab semalam abg dia, ifwat yg sgt cerdik
telah memperkenalkan adiknya kepada benda tersebut (bunga api)
350 yen. mak kata mahal.
tak boleh beli hari2.
budak2 mana la faham bahasa.
dia merengek2 nak.
siap ajak pegi kedai nak beli benda tu.
mak tak layan.
last2, imtiyaz pegi dekat ayah,
ayah bagi 5000 yen terus!
HAHAHA
ayah memang begitu.
dan mak jugak, memang begitu.
tapi kitorg semua mesti nak jugak mintak duit dgn mak,
sedangkan kitorg tahu, kalau mintak duit kat ayah,
sure2 dapat. :D





tudia muka gumbira dapat main bunga api
kesian die main dekat balkoni jer
sorang2 lak tu.
pastu siap paksa aku join sekali main.
nak ambik hati adik,
terpaksala ikut kehendak dia.
satu je aku main lepastu terus cabut pegi dapo balik
sebab mase ni tengah masak untuk sahur.
ptg semalam die ajak kawan dia dtg rumah main bunga api.
tak feel langsung main siang2.
tah pape.
ala budak2 kan.... hehehe...







::: okey gtg now. salam ramadhan. :) :::



Monday 23 July 2012

betul la roti john.

assalamualaikum..

harini dah nak masuk 3 hari puasa.
alhamdulillah.
walaupun summer, tapi cuaca sejak mula puasa kelmarin sangat dingin.
hujan dan mendung di sepanjang hari.
syukur sgt2. tak haus pun. relax jer. ahaks!


tarawikh pun setakat ni belum miss.hehe
rasa semangat nak pergi tarawikh hari2 sebab ayah jadi imam kali ni. :)
dekat sini imsak 2.58 a.m. bukak puasa 6.54 p.m.
bermakna tempoh puasa dekat sini lebih panjang dari malaysia la.
jadi, puasa terasa lebih mencabar la sikittt kan.


menu bukak puasa biase2 je.
macam dekat malaysia jugak, kitorang tak makan nasi.
makan bihun n kuih muih jer.
tu pun tak kurus2 jugak. HAHAHA.
tapi harap2 puasa kali ni turun la sikit yer. amin3. :D
ha, lepas balik tarawikh selalunya aku dengan ira tak tido.
kitorg akan stay up, untuk sediakan sahur.
kitorang sahur lebih kurang pukul 1.45 a.m.



tadi berbuka menu mcm biasa jugak,
tapi tadi  tetibe rase cam terlebih rajin.
aku dengan ira cari resepi untuk buat roti john.
almaklumlah takde bazaar ramadhan kat sini.
sobss.


oleh itu, terhasil lah roti john seperti dalam gambar di bawah. hehehe
walaupun dipotong 4 segi mcm tu,
tapi betul. memang tak tipu. ini memang roti john.
bulan roti edward, bukan roti thomas, bukan roti steve job!
ini betul2 roti john.
rasa okey la. tapi macam kena lebihkan sikit daging cincang tu.
paling best ira siap buatkan 2nd round roti john untuk moreh.
moreh ke more ha?
wa caya sama lu la ira. haha














okey tata. nak tido :)


Friday 20 July 2012

Confused dengan cuaca.




Harini mendung dan hujan je seharian.
Ingat nak ajak ira pegi jalan2 dekat shibuya or harajuku
memandangkan esok dah start puasa kan.
tapi disebabkan oleh cuaca yang tak menentu,
jadi duduk dekat rumah je la the whole day!



harini sejuk. rasa macam auntum pulak.
padahal sekarang ni tengah summer.
mood harini pulak asyik melayang2.
rasa mata ni asyik nak tertutup2 jer.
tapi tak pulak tidornyer kan.
baguslah tak tido.
asyik tido je dah macam apa.



tak buat apa pun harini.
cume tadi breakfast mak suro buatkan sambal ikan bilis
untuk makan dengan nasi lemak.
pastu mak suro bagi idea nak alihkan meja dkt dapur tu
memandangkan dapur sangatla kecik,
jadi aku rasa baikla pindahkn meja tu ke mana2 sahaja selain dari dapur
sempit kot nak lalu lalang
lagipun dengan adanya meja kat situ,
lagi senangla kitorg nak menternak lemak kat dapo
sedap je duduk kat kerusi empuk
sambil sembang2 kunyah kerepek la, roti la, mcm2 la,
hahhaa
so aku rase, tak boleh tak boleh!



aku cadangkan meja tu alih dekat depan pintu masuk
depan bilik air pulak tu
warghhhhh memang la sgt strategik
mcm boleh buat meja untuk kutip duit
sapa2 nak masuk tandas depan tu, kena byr duit
dekat malaysia kan mcm tu
dekat jepun takda
jadi aku nak cube perkenalkan
105 yen cukup la kan
hahaha. merepek okey.
ayah balik keje jap lagi mesti membebel
sbb letak meja kat depan tu.
nak buat camne dah tu jer space yg ade untuk letak meja tu
rumah ni sangat terhad ruangnya.
harap ayah faham
wawawawa




(ni la meja tu. mak beli dekat kedai barang 2nd hand. dekat sini barang2 2nd hand pun cantik dan MAHAL!)






Nihon!

Assalamualaikum...

dah lama tak update blog.
selalu sangat pasang azam akan update blog dengan lebih kerap tapi lepastu hangat2 tahi ayam kampung.
susah betul nak mengkonsistenkan diri ini,
mungkin sebab banyak keje2 yg lebih patut didahulukan dari berblogging kot.
contohnyer seperti makan, facebooking, hang out, tgk movie......... erkk??

harini hari kedua aku di jepun.
kali ni juga merupakan lawatan aku yg ke-4 ke sini.
tak tahu kenapa kali ni rase sedih sgt2 mase nak bertolak.
rindu kwn2. n rindu macam...
tapi takpe. rindu tu mesti dapat diubati bila family disisi.

lusa dah puasa. tahun ni kali kedua la aku akan beraya kat sini.
honestly feel die tak macam kat malaysia.
puasa nanti takde baazar ramadhan, tak dpt tgk cerita n iklan best2 dekat tv,
tak boleh tarawikh kat masjid...
kalau raya pulak, errmmmm lagi la malas nak cakap..hoho
tapi tak patut kan cakap camtu.
aku kena bersyukur. sekurang2nya aku masih diberi kesempatan berpuasa tahun ni,
beraya, pakai baju cantik2. dan, aku dapat beraya dengan family lagi.
tu yang paling penting :)

owh, petang tadi aku, ira, imtiyaz pegi jalan2 kat setagaya park.
dah lama tak pergi, jadi ambik masa jalan2 dan duduk2 tgk permandangan kat situ.
tempat mainan yg under construction haritu dah siap.
tak byk berubah tapi nampak lebih tersusun.
mcm biase, tempat tu mmg bersih dan cantik.
kalau autumn lagi la cantik.
since aku tak pernah dtg mase spring,
jadi tak tahula mase spring mcm mana park tu kelihatan.hehe



ni jalan yang kami lalui untuk ke setagaya park... walaupun rumah diorang rapat2, tapi still kemas dan bersih... (tapi belah dalam den tak taw la kan :p)



gambar2 ni random jer ambik untuk buat kenangan :)



unik kan. i like~~



this is my favourite!! love this house so much. rase mcm nak suro ayh buat rumah mcm ni bile balik msia nanti. (suke hati kau je kan?)



ni lagi satu favourite. dalam gambar tak berapa cantik. tapi kalau real, sangat la cantik. tak tipu!



rumput kat belakang tu tak taw knp jadi panjang dan tak terusrus mcm tu. selalunyer tak. bile aku tanye ira, die kate, skrg summer, so rumput2 cpt tumbuh. ye ekk???









okey tata. thanks for reading :)