Thursday 22 December 2011

Wednesday 21 December 2011

Ilmu akhirat.

12 dec haritu kawan aku ajak pergi dengar ceramah dekat DECTAR, ukm
tajuk ceramah ialah "Kiamat 2012, Sejauh Mana Kebenarannya?"
menarik kan tajuk??
manarik dan menakutkan...
serious seram bila dengar tajuk macam tu
jadi aku pun terpanggil untuk pergi dengar ceramah tersebut
moderatornya Ustaz Fauzi
dan panel2 nya, aku tak ingat nama diorang..
sorry.. huhu






ramai jugak yang hadir..
tapi bagi aku isi untuk ceramah pada malam tu kurang menyeluruh
kerana kesuntukan masa...
sebenarnya, aku harapkan lebih dari ceramah malam tu..
aku jugak rasa kurang faham dengan penjelasan seorang panel yang terlalu memfokuskan tentang sejarah dahulu-kala yang termanya pun susah nak sebut, faham, dan ingat...
ya, tapi aku akui, itu tetap ilmu.
mungkin kena rajin membaca sikit kot..
baru lebih jelas...
tapi alhamdulillah dengan penjelasan panel lagi seorang dan ustaz fauzi, 
aku rasa lebih jelas dengan apa yang ingin disampaikan..


ramai yang kata kiamat 2012 
mana diorang tahu??

Kita takkan tahu bila kiamat akan berlaku..
tapi dah banyak tanda-tanda kiamat yang Allah dah tunjukkan..

hari Kiamat 
semuanya bergantung atas kehendak dan kekuasaan Allah...
apa yang kita perlu buat ialah bersiap sedia dengan bekalan untuk ke akhirat nanti..
jangan terlalu alpa dengan kemewahan dunia yang hanya sementara...

jadi, jgn sibuk-sibuk nak buat teka-teka bila kiamat akan berlaku..
yang penting ialah, yakin dan percaya yang kiamat akan berlaku suatu hari nanti..
bersedia dan perbanyakkanlah ilmu ibadat....


wallahualam~






Wednesday 14 December 2011

Suprise!!!!!!!!!!

Assalamualaikum...

7 December 2011 haritu birthday kawan baik aku Aida yg ke 24...
dia lagi tua dari kami semua tapi muka maintain muda...
hehehe
tapi tak panggil dia "kakak" pun...:p

So kami kawan2 berpakat buat suprise birthday party untuk Aida...
sebab sem ni merupakan sem last kami bersama2...
tapi memang kacau la sebab tetibe dia keluar dating pulak dengan pakwe dia malam tu..
haisshhhh... kacau2...

tapi ade sorang kwn aku ni tetibe bagi cadangn supaya terjah jer bilik dia b4 dia balik...
memandangkan aku mmg pegang kunci spare bilik dia, so, lagi mudah la kerja kitorang..
hahahhaa....
bayangkan aku kena angkut sorang2 naik kolej ibu zain...
maklumlah takde kereta,,,,
MR WUD je aku ade...
tq baby.... i lebiuuuuu.... :D

sebelum tu aku msg Aida ckp nak dtg bilik die...
nak tanye pasal thesis...
mula2 dia kata nak balik kol 10...
pstu tetibe nak tengok ombak rindu pulak...
sebab tu la lewat sikit die balik...

punye lame tunggu aida....
dari pukul 9 p.m sampai la 12.30 pm...baru dia sampai...
kitorang lapar giler sampai order burger delivery dari KIOSK FEP...
hhahhaha...
aku siap mandi la dekat kolej dia...
emy n finas siap dah tido bangun balik,hahhaah
buat mcm bilik sendiri...
nasib baik Aida duduk bilik single...
so, mmg kitorg buat mcm bilik kitorang la....

okey2.... dah 12.30 ni... birthday girl dah nak sampai....
kitorg tutup lampu bilik..
n dengar bunyi org berjalan...
semua dah tersengih2...
Aida bukak je pintu...
SUPRISEEEEEE!!!!!!!!!!!!!! xD

terkejut die... tapi die kate mmg dah dpt agak.,..
tapi dia tak sangka seramai tu dalm bilik dia kan...
die ingat aku dgn emy jer...
hahhahaha...

so, Hepy Birthday Aida....
may all ur dreams come true.,..
we love u so much!!
tahun depan kawin okey! :D




kek save bajet. tapi tetap sedap!!! suke2!!


our meals>> kek n kfc
















Tuesday 6 December 2011

Aku paling TOP dalam kelas!! kau ade???

Berikut merupakan kursus yang aku ambil pada sem ini dan KEDUDUKAN aku dalam kelas:


(1) Perniagaantani - nombor 1 dalam kelas

(2) Workplace - nombor 1 dalam kelas

(3) perkembangan dan pemikiran ekonomi - top 3

(4) statistik - mungkin top 5



nampak aku macam pelajar cemerlang dan berdedikasi bukan?
ye ye. sudah tentu.
tahniah tahniah.
semoga dapat kekalkan prestasi anda.
eh bukan. 
ni bukan kedudukan aku dalam kelas
mengikut tahap IQ aku yang sudah tentu "bergeliga" ni. 
tolong jangan salah faham.
yg di atas ni merupakan kedudukan aku dalam kelas 
mengikut tahap KEOBESETIAN yang terserlah dari hari ke hari
hahahahhahahahahahhaaa 
gelak dekat diri sendiri. =.=

mari bawak azam DIET tahun ini ke tahun hadapan 
semoga tahun hadapan dapat gelak dekat diri sendiri lagi.
huhuhu =.="




* agak2 bile nak dapat feeling jadi Lisa Surihani ek??? hew hew hew...








cepatnya dah bulan 12....oh tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!!!!









Thursday 1 December 2011

hari pink sedunia!

Salam.

korang kenal tak ain Maisarah?
she is a novelist.
mungkin die tak terkenal dalam kalangan orang dewasa
tapi die ni sangat sangat sangat popular
dalam kalangan kanak-kanak dan remaja sekitar umo 7-17 tahun.

entry lepas ade cerita pasal preparation untuk
perjumpaan tahunan pembaca ain maisarah kan?
jadi hari2 yang ditunggu2 tu telah tiba dan....
aku telah menjadi seorang pekerja spa yang berjaya...
hahhahaha.

first day keje sangat penat sampai rasa nak pengsan
sebab terlalu ramai yang datang..
bygkn peminat2 ain maisarah ni,
dtg sebelum pukul 9 lagi dekat banglo pink ain maisarah tu
kebanyakannya semua serba pink
mmg ikut tema betul budak2 ni..

hari ke 2 dan ke 3 dah slow down sikit
tapi still ramai yang dtg bagi sokongan
bile aku interview budak2 tu,
ade yg dtg dari johor, pahang, perak, melaka, kelantan, singapore pun ade!
tu yg aku sempat interview.
yg aku tak sempat interview, mesti la dtg dari merata2 lagi tempat.
bygkn diorang sanggup dtg dari jauh semata2
nak jumpe kak ain maisarah kesayangan diorang
so sweeettttttt :)

pastu masa aku buat facial tu, ade la borak2 dgn sorg budak ni
ni dialognye:

aku: adik skrg cuti sekolah la kan? buat ape dekat rumah?
adik kiut: a'ah tgh cuti sekolah. tak buat ape pun kat rumah. on9 facebook jer.
(buat pengetahuan semua budak kiut n baru 10 tahun)
aku: haaa.. on9 facebook chat dgn boipren yer??
adik kiut: eh tak la. kite tengok fb ain maisarah. sampai pukul 3 pagi.
aku: erkkk??? =.="

aku terkedu. dalam hati aku, aku berkata2  "fanatik giler budak2 ni dkt ain maisarah." huhu

dekat event ni, ade beberapa station.
station spa,
station makeover,
station photoshoot,
station inai. :D

jom tengok gambar2 :)




our team



spa pink room



semua yang daftar, akan dapat passport pink ni untuk ke station2



manicure :) mak2 pun tak melepaskan peluang. hehe



motiff???




























Saturday 26 November 2011

Preparation for pinky day!!

Sebelum ni pernah cerita pasal SME internship under CESMED ukm kan?

Kumpulan aku under Spa Seputeh Kapas kan??

...................................................................................

Okey, kebetulan Spa Seputeh Kapas ni akan join event "Perjumpaan Tahunan Pembaca Ain Maisara", 
jadi owner spa ni, iaitu kak Aishah mintak tolong aku dan kawan2 
untuk bantu dia dlm event tersebut pada 26, 27, dan 28 nov ni. :)
kami ditugaskan untuk buat basic facial untuk remaja dari umur 9 tahun ke 17 tahun..
oleh itu, kami kena belajar cara2 buat facial tu..
senang jer... tak susah pun... 
tapi kena banyak praktis la...
new experience...sgt best!!
terasa nak bukak spa la pulak. hahhahaha. xD


esok kami akan pakai serba pink...
sebab temanya ialah pink polka dot..
mesti comel kan... hehe



Aida sedang cube mengaplikasikan apa yg dah diajar oleh kak aishah. 
emy jadi bahan eksperimen.


Hehe. mase tengok kak aishah buat nampak senang. 
bile buat sendiri baru dapat rase kerumitannya.


my turn! aida pulak jadi bahan eksperimen. hahaha


ha, tengok. mcm pakar tak?? =.="


barang2 untuk persediaan hari esok. pinky!


bekas-bekas pink yg sgt comelsssssss


tengok mata aku yang belum sembuh. uuwwaaaaaaaaaaaa


peace!!!





sesi try2 baju yg kak aishah bagi :D
*mata teruknya!! puas nk besarkan mata belah kanan tu. 


nak cover mata yg sakit punye pasal...huhu

Dracula!

Masuk harini dah 9 hari aku sakit mata.
Tapi masih belum baik2.
ubat bengkak n antibiotik dah abis. tinggal ubat titik kat mata jer.
dah 2kali jumpe doktor, tapi masih belum reda sakit mata ni
kadang2 macam dah nak baik
tapi bila bangun tido esoknyer, mata masih melekat2 dengan taik mata
sakit giler giler giler
setiap kali bangun rasa nak nangis :(

sekarang ni aku rase, mata belah kiri pulak macam nak merah2
ni kes berjangkit dengan mata belah kanan la ni.
ubat titik mata yg pusat kesihatan ukm bagi sangat2 pedih
bau pun dah la busuk
dah tak sanggup nak titik dlm mata
sakitttttttttttttttttt...

ni baru Allah uji sikit bagi sakit mata.
tu pun aku dah mengeluh2 tak abis2.
org lain punyer ujian lagi teruk.
ni baru sebesar kuman jer cubaan n dugaan ni.
*muhasabah diri

semoga mata aku cepat sembuh, 
selesa sikit nak buat kerja,
nak pergi kelas,
nak study.....



*mata belah kanan jadi kecik. ehehe



Thursday 3 November 2011

jalan jalan jalan


SME group. (Spa Seputeh Kapas)

Tak pernah cerita pun lagi pasal SME ni dalam blog.
sebenarnya saya dan kawan2 kelas pengurusan perniagaantani,
kelas prof zaimah, diwajibkan untuk join program ni.
mula2 tak suke tau. sebab byk kerja.
lagipun kami macam paksa rela jer join program ni.
tapi lama2 mmg best.

kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan,
dan setiap kumpulan mewakil company2 yang ingin dibantu,
tak kesahla dari segi ape,
mungkin dari aspek nak tambah income, nak tarik pelanggan,
nak cantikkan company, n mcm2 la.
kirenyer kitorang mcm consultant la.
ahahahahha.
tapi company tu sgt beruntung sebab takpayah bayar kami 1 sen pun :)

kami pilih spa seputeh kapas.
owner die ex student ukm jugak.
kakak aisyah ni sgt la baik.
bagi kerjasama yang sangat sangat bagus.
n sgt2 sporting.
jadi mudah kerja kami :)

setiap isnin kami ade meeting dekat bilik mesyuarat CESMED.
start pukul 6 n abis tak tentu masa.
hari isnin tu kami akan present kami punye progress depan lecturer.
bukan seorang lecturer jer. tapi ramai. huhu =.="
jadi lecturer akan bagi pandangan dan komen ape yang patut.
n kami akan perbaiki n improve dari semasa ke semasa.



 ni kumpulan kami. tapi tak cukup sorang. safwan tak dapat join sebab jauh. die dekat ukm kl. huhu



 gambar ni dekat spa kak aisyah time kitorang meeting. 
kak aisyah yg pakai baju hijau tudung oren tu. cantik kan? :)



yg ni meeting paling latest kitorang dgn kak aisyah. kelmarin. jumpe dekat McD jer.

ambik mood nak kahwin!

09.10.11 yang lepas,
aku dan kawan2 pergi kenduri kawin kakak aida dekat putrajaya.
mula2 ingatkan tak pergi sebab takde transport.
tapi nasib baik ade orang yang sudi jadi driver kami.
TQ :)

dari ukm nak ke putrajaya dekat jer.
kitorang ikut jalan sungai merab n masuk dekat gate 1.
nak cari dewan tu la masalah sikit sebab tak faham peta.
lepastu call aida, n mintak tolong die ambik dekat situ.
rupe2nye kitorang dah berhadapan dah dengan dewan tu.
cume tak perasan.
hehehe.

dewan nampak elegance.cantik sangat.
makanan pun sedap giler.
rase macam nak tambah tapi malu.
huhuhu.
tak ramai sangat orang.
jadi pas makan tu siap boleh lepak2 kat meja
tu yang best.