Wednesday 21 December 2011

Ilmu akhirat.

12 dec haritu kawan aku ajak pergi dengar ceramah dekat DECTAR, ukm
tajuk ceramah ialah "Kiamat 2012, Sejauh Mana Kebenarannya?"
menarik kan tajuk??
manarik dan menakutkan...
serious seram bila dengar tajuk macam tu
jadi aku pun terpanggil untuk pergi dengar ceramah tersebut
moderatornya Ustaz Fauzi
dan panel2 nya, aku tak ingat nama diorang..
sorry.. huhu






ramai jugak yang hadir..
tapi bagi aku isi untuk ceramah pada malam tu kurang menyeluruh
kerana kesuntukan masa...
sebenarnya, aku harapkan lebih dari ceramah malam tu..
aku jugak rasa kurang faham dengan penjelasan seorang panel yang terlalu memfokuskan tentang sejarah dahulu-kala yang termanya pun susah nak sebut, faham, dan ingat...
ya, tapi aku akui, itu tetap ilmu.
mungkin kena rajin membaca sikit kot..
baru lebih jelas...
tapi alhamdulillah dengan penjelasan panel lagi seorang dan ustaz fauzi, 
aku rasa lebih jelas dengan apa yang ingin disampaikan..


ramai yang kata kiamat 2012 
mana diorang tahu??

Kita takkan tahu bila kiamat akan berlaku..
tapi dah banyak tanda-tanda kiamat yang Allah dah tunjukkan..

hari Kiamat 
semuanya bergantung atas kehendak dan kekuasaan Allah...
apa yang kita perlu buat ialah bersiap sedia dengan bekalan untuk ke akhirat nanti..
jangan terlalu alpa dengan kemewahan dunia yang hanya sementara...

jadi, jgn sibuk-sibuk nak buat teka-teka bila kiamat akan berlaku..
yang penting ialah, yakin dan percaya yang kiamat akan berlaku suatu hari nanti..
bersedia dan perbanyakkanlah ilmu ibadat....


wallahualam~






No comments:

Post a Comment