Wednesday 15 June 2011

tido lah burung hantu!

aku dah tertido dari pukul 8.00 pm tadi sampai 11.00 pm.

bangun jer dari tido, aku terus pegi mandi. 

baru perasan rumate aku pun tertido gak. tapi dia tido lagi awal. dah senja masa tu. 

mungkin dia penat sangat kot sampai tak perasan dah nak masuk maghrib. 

aku pulak dok layan nora elena. nak kejutkan dia macam tak sampai hati. lagipun aku bukan jenis nak kejut-kejut orang. rumate aku yang selalu kejutkan aku waktu subuh biasanya. haha.

lepas mandi, aku pun jadi segar-bugar dan lapar. 

sebenarnya masa tido tadi aku dah rasa lapar sebab baru teringat seharian aku tak makan. 

lunch pun makan 2biji karipap n roti gulung yang celup tepung dlm dia inti sardin tu. sebiji 40sen. dah la semua size s. huh. mane layak untuk perut aku yang bersaiz xxl ni?

tapi boleh pulak masa tido tu aku rasa lapar n teringat yang aku belum makan?

nampak sangat makanan dan aku bagai isi dengan kuku. tak boleh dipisahkan.

alang-alang dah lapar, aku p masak air n buat megi dan nescafe. pastu makan megi sambil tengok tv. 

dah cukup tenaga, aku pun lipat kain, pasang cadar baru basuh kat tilam, layan fb jap, belek2 buku, pastu layan blog jap, pasni nak sambung study balik. almaklumlah dah nak dekat final exam kan....


aku kalau tak boleh tido, or kalau aku tengah tak buat ape-ape, aku rajin layan blog2 ni :




aku suka cara penulisan dan idea kreatif penulis blog ni. walaupun tak ramai follower, tapi blog dia sangat best untuk dibaca. aku suka suka suka.

aku rasa blog ni memang dah popular kan? blog ni sangat sempoi. yang ditulis oleh orang yg sempoi abis dan tak hipokrit. aku enjoy bace cerita-cerita dia. dan part paling aku suka ialah hari khamis malam jumaat sebab ade entry pasal cerita hantu. hahahaha

yang ni blog makcik aku. dia amat pupular dengan panggilan cikbib dalam kalangan ahli keluarga dan sanak saudaranya. dan sekarang ni staf2 dekat ofis pun dah panggil cikbib. hoho. aku suka baca blog ni sebab byk cerita pasal kehidupan seharian dia yang kadang-kadang buat aku terfikir, mcm mana kalau aku dah abis belajar nanti, dah kerja, dah kahwin... aiyoooo... tak boleh nak fikir semua tu... tiba2 je mcm nak stress secara tak sengaja. hak3.. aku doakn supaya mck aku dapat lahirkan cahaya mata suatu hari nanti.... amin....

ha, ni blog satu2nya adik perempuan aku. blog dia takdela best sangat tapi aku terpaksa baca sebab aku nak taw ape cerita family aku kat tokyo. (hahahha. sory beb jangan mara).   blog dia byk cerita pasal routine dia kat sana. pasal sekolah, psl kawan2. pastu kalau dia emo ke apa, dia tulis kat blog jugak. dia ni memang emo n cepat marah. aku pun takut dgn dia. lagi satu, dia ni memang suka buat karangan kot. sebab selalunya sekali dia post, panjang berjela. hahahhaa. padahal dulu-dulu mase duduk satu bilik selalu suro aku siapkan karangan dia. :p





p/s: blog-blog lain aku usya jugak... tapi yang blog2 kat atas ni, memang blog yang aku selalu terjah la... :D


1 comment:

  1. ,___,
    [O.o]
    /)__)
    -"--"-
    ngehehe.. samelah kita pun burung hantu gak, waktu tidur dah berubah, susah nk tukar.. :p
    thanks sbb suke terjah blog kak ijah :D

    ReplyDelete