Thursday, 3 November 2011

SME group. (Spa Seputeh Kapas)

Tak pernah cerita pun lagi pasal SME ni dalam blog.
sebenarnya saya dan kawan2 kelas pengurusan perniagaantani,
kelas prof zaimah, diwajibkan untuk join program ni.
mula2 tak suke tau. sebab byk kerja.
lagipun kami macam paksa rela jer join program ni.
tapi lama2 mmg best.

kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan,
dan setiap kumpulan mewakil company2 yang ingin dibantu,
tak kesahla dari segi ape,
mungkin dari aspek nak tambah income, nak tarik pelanggan,
nak cantikkan company, n mcm2 la.
kirenyer kitorang mcm consultant la.
ahahahahha.
tapi company tu sgt beruntung sebab takpayah bayar kami 1 sen pun :)

kami pilih spa seputeh kapas.
owner die ex student ukm jugak.
kakak aisyah ni sgt la baik.
bagi kerjasama yang sangat sangat bagus.
n sgt2 sporting.
jadi mudah kerja kami :)

setiap isnin kami ade meeting dekat bilik mesyuarat CESMED.
start pukul 6 n abis tak tentu masa.
hari isnin tu kami akan present kami punye progress depan lecturer.
bukan seorang lecturer jer. tapi ramai. huhu =.="
jadi lecturer akan bagi pandangan dan komen ape yang patut.
n kami akan perbaiki n improve dari semasa ke semasa.



 ni kumpulan kami. tapi tak cukup sorang. safwan tak dapat join sebab jauh. die dekat ukm kl. huhu



 gambar ni dekat spa kak aisyah time kitorang meeting. 
kak aisyah yg pakai baju hijau tudung oren tu. cantik kan? :)



yg ni meeting paling latest kitorang dgn kak aisyah. kelmarin. jumpe dekat McD jer.

ambik mood nak kahwin!

09.10.11 yang lepas,
aku dan kawan2 pergi kenduri kawin kakak aida dekat putrajaya.
mula2 ingatkan tak pergi sebab takde transport.
tapi nasib baik ade orang yang sudi jadi driver kami.
TQ :)

dari ukm nak ke putrajaya dekat jer.
kitorang ikut jalan sungai merab n masuk dekat gate 1.
nak cari dewan tu la masalah sikit sebab tak faham peta.
lepastu call aida, n mintak tolong die ambik dekat situ.
rupe2nye kitorang dah berhadapan dah dengan dewan tu.
cume tak perasan.
hehehe.

dewan nampak elegance.cantik sangat.
makanan pun sedap giler.
rase macam nak tambah tapi malu.
huhuhu.
tak ramai sangat orang.
jadi pas makan tu siap boleh lepak2 kat meja
tu yang best.
















Wednesday, 2 November 2011

ke Tanah Suci

mak ayah dan imtiyaz ke Mekah untuk menunaikan Haji..
bertolak dari Tokyo 29 october yang lalu....
harap semuanya berjalan lancar
....
Semoga mereka selamat pergi dan selamat pulang...
Walaupun selama ni memang berjauhan,
tapi tetap rase sedih....
really miss them...:"((










Monday, 19 September 2011

oh nooooooooooooo!!!!!!!!!

dah berabad aku tak update belog ni. 
dari start cuti sem, sampaila dah abis cuti pun. 
nampak sangat pemalasnyer.....=.="

seriously jiwa dan raga aku masih di jepun.
masih bersama-sama family.
tak puas rasanya bercuti.
memang kalau bagi cuti sampai 5 bulan pun takkan pernah cukup.
huwaaaaarrgggggghhhhhhhh. aku tension!

tahun ni aku dah jadi pelajar tahun akhir.
lagi la bertambah serabut.
kadang-kadang rase nak menangis. 
bukan ape, 
kan seronok kalau family aku ade dekat sini. (malaysia)
ade cuti2 ker boleh balik rumah.
ni kena tunggu cuti sem, baru boleh bersua muka.
aku sgt jeles bila kawan2 setiap minggu balik rumah.
korang tak patut tau.
korang kena belajar hidup berdikari macam aku ni.
hahahaha.
padahal aku jeles.
sebab tu aku cakap macam tu.

rasa-rasa boleh tak aku kumpul duit sendiri untuk pergi bercuti time winter nanti???
nak main salji dengan imtiyaz
nak buat snowman. 
angan-angan aku memang tak beragak la.
@$%#$^$&$!!!

ape pun terjadi, pelajaran mesti didahului.
aku harap dapat fokus 100% sem ni.
ayah, mak, tolong doakan kakak yer... :')



(gambar mase balik jepun cuti sem haritu)

Thursday, 30 June 2011

hari ke 4 di tokyo.

dah lama giler tak update blog. hahahaha.

aku banyak benda nak cerite tapi tak berkesempatan nak berblogging nih.

masuk harini dah 4hari aku kat tokyo. 

hepy sangat dapat jumpa family tercinta. :)

nanti ada masa aku cerita panjang ckit yer.




akhirnya dapat jugak jumpa budak nakal ni :D



Monday, 20 June 2011

di sebalik tshirt pagoda & jeans lusuh :)




Selamat Hari Bapa kakak ucapkan pada ayah. 
walaupun ayah jauh, kakak tetap sayangkan ayah. 
tetap rindukan ayah hari-hari.
kakak jarang skype dengan ayah. selalu skype dgn mak jer.
kalau skype dengan ayah or cakap dlm fon, selalu rasa nak menangis.
lagi-lagi kalau tengah ade probs masa tu. huhu
ayah selalu ckp anak perempuan ayah degil. tak macam anak lelaki.


kakak ingat lagi, masa kat malaysia,
ayah selalu pakai tshirt pagoda dgn jeans lusuh
kitorang selalu marah ayah keluar pakai tshirt pagoda n jeans lusuh..
sampaikan ifwat pesan kat ayah kalau nk ambik report kad dia kat sekolah, 
pakai ensem2 ckit....
tapi ayah buat derk jer... hahahaha..
yeah, thats your style...
ayah kata buat ape nak kesah apa org ckp...
dekat ofis dah kena pakai smart2, so bila keluar ayah nak rasa free...
lantak p la org nak cakap apa...
hahahaha.... 
sekarang ayah dah dekat tokyo, no more tshirt pagoda pegi keluar..
ayah secara automatik kena jaga imej..
takut2 nanti terjumpa dgn member2 ofis... heeee
lagipun cuaca kat sana tak sesuai....


ayah garang, ayah tegas, tapi ayah sangat penyayang.....
kalau ayah marah pun, untuk kebaikan kami adik beradik..
ayah banyak berkorban untuk kami sekeluarga...
kerja kuat sampai sakit lutut demi untuk keluarga...
ayah selalu cakap ayah dah tua...
tapi ayah still ensem... hehe
kakak selalu teringat ayah buat konon2 ayah dah tak larat jalan sampai kaki n tgn semua lembik2 mase kat sg petani dulu. hahahaha. 
lawak ar yah. dah lama ayah tak buat mcm tu kan?? 
(ira, if u read this, i'm sure u will remember that moments :D)



ayah, kakak masih rasa kakak tak buat yang terbaik utk ayah dan mak...
kakak masih belum balas jasa ayah dan mak yang membesarkan kakak selama ni....
tolong doakan kakak jadi anak yg solehah...
tolong doakan kakak berjaya di dunia dan akhirat....
kakak nak balas jasa mak dengan ayah 
walaupun hakikatnya kakak takkan boleh balas sepenuhnya...:'(

ape yang kakak boleh buat, 
doakan agar ayah dan mak dipanjangkan usia.
semoga Allah melimpahkan rezeki dan kebahagiaan pada keluarga kita.

ayah, you are my IDOL...
ayah sumber inspirasi kakak...
kakak nak berjaya macam ayah....
tu impian kakak.....

kakak mintak maaf sebab selalu degil...
banyak abiskan duit ayah....
nak beli itu ini....
nak pegi sana nak pegi sini....:((


i love u AYAH....... :')





Wednesday, 15 June 2011

tido lah burung hantu!

aku dah tertido dari pukul 8.00 pm tadi sampai 11.00 pm.

bangun jer dari tido, aku terus pegi mandi. 

baru perasan rumate aku pun tertido gak. tapi dia tido lagi awal. dah senja masa tu. 

mungkin dia penat sangat kot sampai tak perasan dah nak masuk maghrib. 

aku pulak dok layan nora elena. nak kejutkan dia macam tak sampai hati. lagipun aku bukan jenis nak kejut-kejut orang. rumate aku yang selalu kejutkan aku waktu subuh biasanya. haha.

lepas mandi, aku pun jadi segar-bugar dan lapar. 

sebenarnya masa tido tadi aku dah rasa lapar sebab baru teringat seharian aku tak makan. 

lunch pun makan 2biji karipap n roti gulung yang celup tepung dlm dia inti sardin tu. sebiji 40sen. dah la semua size s. huh. mane layak untuk perut aku yang bersaiz xxl ni?

tapi boleh pulak masa tido tu aku rasa lapar n teringat yang aku belum makan?

nampak sangat makanan dan aku bagai isi dengan kuku. tak boleh dipisahkan.

alang-alang dah lapar, aku p masak air n buat megi dan nescafe. pastu makan megi sambil tengok tv. 

dah cukup tenaga, aku pun lipat kain, pasang cadar baru basuh kat tilam, layan fb jap, belek2 buku, pastu layan blog jap, pasni nak sambung study balik. almaklumlah dah nak dekat final exam kan....


aku kalau tak boleh tido, or kalau aku tengah tak buat ape-ape, aku rajin layan blog2 ni :




aku suka cara penulisan dan idea kreatif penulis blog ni. walaupun tak ramai follower, tapi blog dia sangat best untuk dibaca. aku suka suka suka.

aku rasa blog ni memang dah popular kan? blog ni sangat sempoi. yang ditulis oleh orang yg sempoi abis dan tak hipokrit. aku enjoy bace cerita-cerita dia. dan part paling aku suka ialah hari khamis malam jumaat sebab ade entry pasal cerita hantu. hahahaha

yang ni blog makcik aku. dia amat pupular dengan panggilan cikbib dalam kalangan ahli keluarga dan sanak saudaranya. dan sekarang ni staf2 dekat ofis pun dah panggil cikbib. hoho. aku suka baca blog ni sebab byk cerita pasal kehidupan seharian dia yang kadang-kadang buat aku terfikir, mcm mana kalau aku dah abis belajar nanti, dah kerja, dah kahwin... aiyoooo... tak boleh nak fikir semua tu... tiba2 je mcm nak stress secara tak sengaja. hak3.. aku doakn supaya mck aku dapat lahirkan cahaya mata suatu hari nanti.... amin....

ha, ni blog satu2nya adik perempuan aku. blog dia takdela best sangat tapi aku terpaksa baca sebab aku nak taw ape cerita family aku kat tokyo. (hahahha. sory beb jangan mara).   blog dia byk cerita pasal routine dia kat sana. pasal sekolah, psl kawan2. pastu kalau dia emo ke apa, dia tulis kat blog jugak. dia ni memang emo n cepat marah. aku pun takut dgn dia. lagi satu, dia ni memang suka buat karangan kot. sebab selalunya sekali dia post, panjang berjela. hahahhaa. padahal dulu-dulu mase duduk satu bilik selalu suro aku siapkan karangan dia. :p





p/s: blog-blog lain aku usya jugak... tapi yang blog2 kat atas ni, memang blog yang aku selalu terjah la... :D