Monday 6 June 2011

-menghubungi mata-

menghubungi mata atau bila ditranslatekan dalam english ialah "contact lens". huahuahua

biasanya orang2 perempuan je yang selalu teruja dengan contact lens ni. orang lelaki jarang pulak ambik port. kalau kita tengok sekarang dah jadi satu trend dok tukar2 kaler mata ni. kan??? ye la, kita orang asia, kaler mata standard light brown, dark brown. kekadang tu teringin jugak nak mata yang ala2 boleh dok tengok tembus sampai ke dalam tu. hikhik. mcm mata comeron diaz gitu. 



ade yang pakai lens ikut kaler baju la, kaler kasut la, ataupun memang takde ikut ape2, ikut suka hati jer. walaupun ada yang cakap contact lens ni boleh buat mata kita rosak, tapi orang2 pempuan sekarang memang tak makan saman langsung. "ade aku kesah? yang penting aku rasa hot macam artis hollywood" lebih kurang camtu la orang akan cakap bila orang lain dok nasihat dia. heh heh. pandai2 je aku. 


* korang tolong la jgn pakai lens kaler macam ni yer. nanti orang salah anggap lak kat korang. nanti orang pk kau drakula ke ape. =.="

kalau tengok kat fb pun banyak giler kedai contact lens yang memudahkan orang ramai beli secara online. aku rajin gak dok usya2 album lens kat fb tu. punye banyak sampai tak taw nak pilih yang mana dan akhirnya aku buat keputusan tak beli terus! =.=" tapi haritu, aku jalan2 sorang2 pastu tetiba ternampak kedai cermin mata, pastu aku tergatal masuk kedai tu, pastu tetiba aku terbeli contact lens kaler grey. T__T. okey sebenarnya tipu. bukan tiba2 dan "ter ". semuanya dah dirancang sebelum aku melangkah keluar dari bilik lagi. 


aku beli lens tu RM 50 dan tahan sebulan jer. lens aku ade power sebab aku rabun. lens2 yang orang beli online dan kebanyakkannya tahan setahun tu, aku tak dapat jamin keselamatannya pada mata kita. takut jugak sebab mata ni kan sangat sensetif. lepas tu harga dia sangat la murah. hurmmm. so, baik2 ye kawan2 semua. kalau beli pun, pastikan cuci betul2 dengan air yang khas utk cuci lens dan menggunakan cara yang betul. ok? kalau tak tahu macam mana, tanya la pada kawan2 yang betul tahu. kalau mcm aku, org kat kedai cermin mata tu yang ajar. heeeee :) 












* ni antara contoh2 lens yang aku suka :)


tapi, harus aku akui kat sini, walau macam mana cantik pun lens yang kita pakai tu, tetap tak boleh lawan kecantikan dan keaslian mata yang Allah dah kurniakan pada kita. ramai orang nak pakai lens sebab nak mata nampak besar, nak mata nampak lain daripada yang lain, nak mata corak2, niat tu pun dah salah sebab nak menunjuk-nunjuk. kan? aku pun tak terkecuali. walaupun niat sekadar nak mencuba dan suka2 jer. hurmmm. ade yang aku tengok, orang tu nampak pelik dia pakai lens sebab terlalu besar ukuran mm lens tu untuk mata dia. dan akhirnya nampak macam alien. sorry to say. lepas tu lagi satu kalau nak pakai lens pun, tolong pilih kaler yang sesuai dengan korang ye. kalau tak, nampak sangat weird dan xlawa. serious aku cakap. tu pendapat aku. maaf ye kalau aku salah. :)








* ni gambar-gambar bajet cun aku mase pakai lens selama sebulan. aku tak pakai hari-hari pun. cume kadang2 jer bila terasa nak pakai. grey lah sangat mata kau tu. danggg!!!!!!




p/s: kesimpulannya, baru sekali je aku menggunakan contact lens. SEKIAN.

5 comments:

  1. pakai 'contact lens' perlu penjagaan yg teliti berbanding cermin mata.

    ReplyDelete
  2. @man: yup, betul3.

    @frau reen: thanks ye. jom3 :)

    ReplyDelete
  3. wah2..
    atira pun dh ade blog..
    hehe.. bagus2..
    selamat berblogging.. =D

    ReplyDelete
  4. @fiero: ngahahahaha. tQ fiero. sy suke sgt2 ur blog :)

    ReplyDelete