Friday, 20 July 2012

Confused dengan cuaca.




Harini mendung dan hujan je seharian.
Ingat nak ajak ira pegi jalan2 dekat shibuya or harajuku
memandangkan esok dah start puasa kan.
tapi disebabkan oleh cuaca yang tak menentu,
jadi duduk dekat rumah je la the whole day!



harini sejuk. rasa macam auntum pulak.
padahal sekarang ni tengah summer.
mood harini pulak asyik melayang2.
rasa mata ni asyik nak tertutup2 jer.
tapi tak pulak tidornyer kan.
baguslah tak tido.
asyik tido je dah macam apa.



tak buat apa pun harini.
cume tadi breakfast mak suro buatkan sambal ikan bilis
untuk makan dengan nasi lemak.
pastu mak suro bagi idea nak alihkan meja dkt dapur tu
memandangkan dapur sangatla kecik,
jadi aku rasa baikla pindahkn meja tu ke mana2 sahaja selain dari dapur
sempit kot nak lalu lalang
lagipun dengan adanya meja kat situ,
lagi senangla kitorg nak menternak lemak kat dapo
sedap je duduk kat kerusi empuk
sambil sembang2 kunyah kerepek la, roti la, mcm2 la,
hahhaa
so aku rase, tak boleh tak boleh!



aku cadangkan meja tu alih dekat depan pintu masuk
depan bilik air pulak tu
warghhhhh memang la sgt strategik
mcm boleh buat meja untuk kutip duit
sapa2 nak masuk tandas depan tu, kena byr duit
dekat malaysia kan mcm tu
dekat jepun takda
jadi aku nak cube perkenalkan
105 yen cukup la kan
hahaha. merepek okey.
ayah balik keje jap lagi mesti membebel
sbb letak meja kat depan tu.
nak buat camne dah tu jer space yg ade untuk letak meja tu
rumah ni sangat terhad ruangnya.
harap ayah faham
wawawawa




(ni la meja tu. mak beli dekat kedai barang 2nd hand. dekat sini barang2 2nd hand pun cantik dan MAHAL!)






Nihon!

Assalamualaikum...

dah lama tak update blog.
selalu sangat pasang azam akan update blog dengan lebih kerap tapi lepastu hangat2 tahi ayam kampung.
susah betul nak mengkonsistenkan diri ini,
mungkin sebab banyak keje2 yg lebih patut didahulukan dari berblogging kot.
contohnyer seperti makan, facebooking, hang out, tgk movie......... erkk??

harini hari kedua aku di jepun.
kali ni juga merupakan lawatan aku yg ke-4 ke sini.
tak tahu kenapa kali ni rase sedih sgt2 mase nak bertolak.
rindu kwn2. n rindu macam...
tapi takpe. rindu tu mesti dapat diubati bila family disisi.

lusa dah puasa. tahun ni kali kedua la aku akan beraya kat sini.
honestly feel die tak macam kat malaysia.
puasa nanti takde baazar ramadhan, tak dpt tgk cerita n iklan best2 dekat tv,
tak boleh tarawikh kat masjid...
kalau raya pulak, errmmmm lagi la malas nak cakap..hoho
tapi tak patut kan cakap camtu.
aku kena bersyukur. sekurang2nya aku masih diberi kesempatan berpuasa tahun ni,
beraya, pakai baju cantik2. dan, aku dapat beraya dengan family lagi.
tu yang paling penting :)

owh, petang tadi aku, ira, imtiyaz pegi jalan2 kat setagaya park.
dah lama tak pergi, jadi ambik masa jalan2 dan duduk2 tgk permandangan kat situ.
tempat mainan yg under construction haritu dah siap.
tak byk berubah tapi nampak lebih tersusun.
mcm biase, tempat tu mmg bersih dan cantik.
kalau autumn lagi la cantik.
since aku tak pernah dtg mase spring,
jadi tak tahula mase spring mcm mana park tu kelihatan.hehe



ni jalan yang kami lalui untuk ke setagaya park... walaupun rumah diorang rapat2, tapi still kemas dan bersih... (tapi belah dalam den tak taw la kan :p)



gambar2 ni random jer ambik untuk buat kenangan :)



unik kan. i like~~



this is my favourite!! love this house so much. rase mcm nak suro ayh buat rumah mcm ni bile balik msia nanti. (suke hati kau je kan?)



ni lagi satu favourite. dalam gambar tak berapa cantik. tapi kalau real, sangat la cantik. tak tipu!



rumput kat belakang tu tak taw knp jadi panjang dan tak terusrus mcm tu. selalunyer tak. bile aku tanye ira, die kate, skrg summer, so rumput2 cpt tumbuh. ye ekk???









okey tata. thanks for reading :)









Friday, 27 April 2012

Betul ke kau adik aku?



cuti sem februari haritu, macam biasa aku pergi jepun
melawat family aku kat sana
2 minggu jer dekat sana. sobss. tak sempat buat ape pun.
sempat bawak imtiyaz jalan2 pegi park jer.

petang tu  mcm biasa bawak imtiyaz jalan2..
tiba-tiba....
kakak2 cepat ambik gambar Intiyas (nama die sebenarnya imtiyaz. susah kot nak sebut)
aku macam tak percaya die cakap mcm tu.
padahal die ni susah nak sgt nak ajak bergambar.



terus die turun basikal...

berposing2 dekat basikal hadiah besday haritu. hehe. comelnyer.




 flying kiss untuk kakak. tq manje.



aduh, tak sakit leher ke manje?



berianya die berposing. hehehe.



perghh... ape ni syg? nak gusti sape?



macam nak menari je imtiyaz.



sejuk sangat masa ni. tapi dia tak nak pakai glove.



gewdiks nyerrrrr! 



ensem boy. mesti ramai aweksss besar nanti.



very nice view.



setiap kali pergi park mesti nak beli mainan. padahal mainnya 5minit je. 
lepas tu die campak je. adoiii =.="



 kesian imtiyaz. buai ni susah nak naik la.... tak stabil...



ni lagi satu bende wajib. musim sejuk pun larat nak makan ice cream...





rindunyer dekat adik bongsu kakak ni. :(


ya Allah, terima kasih kerana telah kurniakan si kecil yang nakal, comel dan cerdik ini pada kami sekeluarga.... 

Thursday, 26 April 2012

Nombor 3 dalam tangan!

hye :)

owh tetibe rajin nak main update-update harini. heeee...
alang-alang aku takde roomate n forever alone,
baik aku gunakan masa sunyi aku ni dengan mengupdate blog tercinta....
anyway, thanks to my bestfren (finas) sebab selalu teman aku kat bilik. aligato beb!! :D



sebelum ni aku pernah cerita pasal program sme-university internship kan kan??
ala tak tahu lew teww...
mesti korang tak pernah bace entry2 aku sebelum ni...
takpe aku maafkan korang....
tapi hari raya nanti la...wakakakaka xD *okeytaklawakpong



3 april haritu adalah final presentation untuk program tersebut
selama kitorg berhempas pulas menjadi consultant kepada company masing2
hari yang dinanti2 pun telah tiba...
iaitu hari untuk membentangkan segala hasil kerja yang telah kami buat..
dari bulan 9 tahun lepas kot program ni..
ingatkan dah tak nak abis2...hahahah...=.=



kaizen consultant adalah nama kumpulan aku..
mcm gud gud je nama. ye tak?
kaizen tu aslnya bahasa jepun yang membawa maksud
perubahan ke arah kebaikan sedikit demi sedikit..
betul ke maksudnyer tu?? aku petik jerr.. sebab dah lupa..
mungkin makna tu tak tepat tapi lebih kurang la maksudnya..
maaf kalau salah. hehee
ade pulak member aku ni tanye, kaizen ni nama ultramen ker?
pulak dah~~
tu la org suro bagi nama kumpulan korang tak nak
kan aku dah bagi nama kaizen..
tak pasal jer...
so, terimalah seadanya okey?



kami adalah kumpulan terakhir yang akan present pada hari itu.
cuak ke beybeh walaupun aku hanya tekan slide =.=
hoi tekan slide ingat senang ke ha??
perlukan kepakaran jugak tau!
okey buat pengetahuan semua , slide untuk final presentation
adalah hasil kerja aku dan telah mendapat pujian ramai
*masukbakulangkatsendiri





rehearsal!


meeting meeting meeting


dah macam wanita um** aku tengok


group arena consultant


nampak tak sape juri tu? antaranya ialah CEO Mydin beb. 


kaizen consultant dan Dr Liza, penasihat kami.


dah abis present. semua happy.


hepy kuasa dua. walaupun kaizen consultant dapat no 3 jer. ape2 pun syukur, tahniah pada group yang menang. they deserved it!






*banyak pengalaman dan ilmu yang dipelajari sepanjang program ini. terima kasih byk2 pada semua yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung :D


Sungai Gabai tempat tinggal si Putera Katak!

Assalamualaikum....

hehehe.... tumpang gelak dulu... :) aku sihat. korang sihat? *bajet ade pembaca setia blog aku pulaks!
takpe2... anggapla aku bermonolog. takde hal lahhhh. lalallalalaala~~


harini nak cerita pasal picnic dekat sungai gabai. yeayyyyy!
hari ahad bersamaan 22 april 2012....
aku dan kawan2 form 6 telah berkumpul di depan sekolah kami di serdang...
seawal 10.00 pagi...
pergi dua kereta...semua pempuan.. 
kumbang2 takde sebab dah pupus.... kuang3....


dipendekkan cerita kitorang pun sampai la di tempat kejadian....
dalam pukul 11 lebih lebih kurang...
heksaited gilersss mase sampai...
sebab dah lama tak pegi mandi manda dekat sungai..
ramai sangat orang haritu sebab weekend kan..
tapi redah jela...


bermulalah satu pendakian yang amat merobek jantungku...
penat giler woiiiiiiiiiiiiiiiiiii... 
tangga die tak nak macam tangga batu cave pulak kan??
grrrrrr....
mahu je aku give up di persimpangan gara-gara kaki aku dah nak tercabut masa tu...
ataupun aku rase macam nak daki tangga tu dalam keadaan merangkak je... 
sambil dalam hati aku menangis mintak tolong....
tulun~~ tulun~~ sape boleh tulun dukung saya naik ke puncak?
pellliiizzzzzz.... berat saya 80++ jer... sobbsss!! 


okey, now dah sampai ke tempat yang dinanti2 selepas beberapa perhentian... 
syukurrrrr... *rasa nak buat sujud syukur je masa nih...huhu



muka kepenatan. tak tahu nk ckp ape mase ni sbb penat sangat2. senyum kepura-puraan padahal dalam hati aku tengah menyumpah-nyumpah tangga tersebut. =.="



ha, ni la dia. ini la. ini la tangga tersebut. yeahh. ini dia. tanggaaaaa dengar siniiiiii!!! i hate uuuuuuu!!
errr, boleh tak aku cadangkan buat escalator atau lift? kesian weh mck2 or nenek2 yang nk pergi berkelah dgn cucu2 kena panjat tangga ni wehh... tak kesian ke haaa?? ??
padahalllllll~~~???



okey la. aku dah berbaik dengan tangga tu. maaf la menyumpah2 dalam hati tadi. 



makanan untuk perut-perut kami yang comelssss! :D



dah kenapa la lelaki ni?? lama kot die posing mcm tu.... 



peaceeeeeeeee!!!! v(^__^)v



khai, izah, si gemok



bbq. yummy~~~



nampak tak nampak tak?? mase ni aku duduk betul2 sebelah katak tu. serious tak perasan sebab katak tu warna ala-ala kayu+daun... tibe2 kawan aku ckp, eeee katak...tu tuuuu... katak... aku ingat katak tu dok jauh la kan... tengok2 sebelah aku... waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii~~~~ mcm org gila dh aku menjerit... katak tu besar gilerrr.... nasib die tak meloncat atas kepala aku... T___T



hepynyerrr.... :)


sebenarnya aku takut tengok diorg mandi dekat situ. curam. tapi diorang boleh pulak berdiri. kalau licin, jatuh, papppppp! abislaaa.... ngeri betul lah! tak nak tengok. tutup mata (*__*)






sampai sini jer dulu. tata~~~ 



Monday, 16 April 2012

Perghhhhhhhh~~~!

Perghhhh dah lama tak update blog....


Perghhhh bersawang kottt......


Perghhhh dah lama tak membebel.....


Perghhhh nak tahu tak sebab ape aku tak update blog???


Perghhhh ini lah alasannya.............................






...........................................................






.............................................................






..............................................................






...............................................................






............................................................


Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!




















semua gara-gara thesis.... betul tak tipu... silalah percaya....










*syukur alhamdulillah akhirnya siap jugak kertas ilmiah ni.... separuh mati nak siapkan... =.="

Thursday, 22 December 2011