Saturday 9 April 2011

kenangan abadi....

hepy giler semalam dapat jumpe cikgu-cikgu form 6 yang dah berkurun tak jumpe. sangat2 gembira sampaikan rase nak menitis air mata. huhu. sebenarnye dah lama kitorang plan nk jenguk cikgu2 kat sekolah tapi asyik tak jadi sebab masing2 susah nk set kan tarikh yang biar semua free. semalam pun dapat pegi 5 orang jer (aku, fafa, izzah, khai, mato n dayah). walaupun aku setahun setengah jer kat sekolah tu tapi aku rasa sangat sayangkan cikgu2 kat situ. 

aku ingat lagi mase dulu. lepas spm aku tak dapat sambung belajar ke diploma n matrik. aku sedih giler giler sebab kawan-kawan aku kebanyakkannya dapat sambung belajar. kolej swasta memang berlambak tapi aku tak nak masuk kolej sebab aku tak nak bebankan ayah aku. aku dapat tawaran ke form 6. aku sangat berat hati nak pegi. aku dah target dalam diri yang aku tak nak pegi sekolah lagi. aku tak nak kena pakai baju sekolah macam budak-budak lagi. aku malu. aku malu kalau kawan-kawan yang dah sambung belajar kat u n matrik terserempak dengan aku yang still pakai baju sekolah. aku malu. aku menangis tak nak masuk form 6. aku ingat lagi.

masa mula-mula masuk form 6, aku tak hepy langsung. aku tak suka sekolah tu. aku lebih syg sekolah lama aku. dulu aku selalu kutuk-kutuk sekolah tu tapi tetibe aku yang kena masuk sekolah tu untuk sambung form 6. aku dapat aliran sains. BIOLOGI??? dah la mase spm result subjek sains aku smua lingkup. ni form 6 dapat aliran sains lagi? memang cari nahas la. aku tengok buku-buku teks untuk aliran sains, bapakla tebal. sesak nafas aku jap. aku terus plan nak tukar aliran. orang mcm aku ni tak layak la nak ambik aliran sains. aku sedar diri. terus aku jumpe cikgu mintak nak tukar ke aliran sastera. walaupun banyak jugak la prosesnya. tapi aku sanggup demi tak nak lingkup lagi. huhu

aku dapat masuk kelas aliran sastera. yeayyyyy. subjek yang aku ambik pengajian perniagaan, ekonomi, bm, pengajian am, MUET. mula-mula masuk kelas tu, semua orang pandang aku. aku rasa dah macam alien. tapi aku selamber wat muka tebal. main duduk jer kat mana-mana tempat kosong. sorang pun aku tak kenal dalam kelas tu. mula-mula masuk aku asyik bercakap dalam hati jer. haha. sebab aku ni jenis berat mulut sikit. tapi lama-lama alhamdulillah dapat jugak get along dengan kawan-kawan. sampaila sekarang kami jadi kawan baik. :)

aku mula rasa seronok nak teruskan form 6. aku dah tanamkan dalam diri yang aku nak melanjutkan pelajaran ke universiti. aku ingat lagi masa upper 6 aku tersenarai dalam top 3 pelajar harapan sekolah. seriously aku tak sangka. alhamdulillah bersyukur sangat-sangat. :D walaupun ade orang tak puas hati denga aku, aku diamkan jer. sebab bukannya aku yang suro cikgu letak nama aku kat situ. aku pun tak tahu ada nama aku ade dlm list tu kalau kawan-kawan tak bagitahu. 

form 6 memang agak susah. tapi kalau kita belajar dengan konsisten insyaallah peluang untuk berjaya tu tinggi. selain belajar kat kelas, aku jugak ade tuisyen dekat rumah dengan ayah aku. ayah aku bukan cikgu tau. haha. tapi kitorang adik beradik memang telah di didik oleh ayah sejak dari kecil. walau se sibuk mana pun ayah dengan kerja, ayah tetap luangkan masa untuk ajar aku subjek ekonomi, perniagaan. dan pengajian am. aku kalau belajar dengan ayah, memang terus melekat kat otak. hahaha. ayah, terima kasih yang tak terhingga sebab ayah banyak bekorban untuk membesarkan kami adik beradik...

alhamdulillah berkat kesabaran aku, berkat kegigihan aku, aku dapat 2A dan 2B dalam stpm. muet aku dapat band 4. alhamdulillah syukur sangat2. aku memang tak sangka. dan akhirnya aku dapat melanjutkan pelajarn ke universiti kebangsaan malaysia... :D




 ( bersama cikgu aizan n cikgu nik )


 ( lunch at McD)




 ( buah tangan kami = kek )
















p/s: jangan cepat putus asa. percaya pada rezeki dari Allah S.W.T....

No comments:

Post a Comment